~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Wahai Gadis Muda, Engkau Semakin Tua...

Kehidupan manusia sentiasa bergerak ke hadapan, tanpa melihat ke belakang dan masa itu tidak boleh berundur. Sekiranya kalam itu sudah tertutur, tidak mampu untuk ditarik balik. Sekiranya perbuatan itu sudah terlanjur, juga tidak mampu untuk ditarik balik. Wahai gadis muda, engkau semakin hari semakin tua. Engkau tidak mampu menahan masa daripada terus bergerak sepertimana engkau tidak dapat menahan bumi ini daripada berputar.

Engkau juga tidak mampu menahan matahari daripada terbit atau tenggelam. Semua inilah yang menggerakkan masa itu. Kehidupan muda hanya sementara, dan kecantikan semasa muda itu akan hilang dengan cepat. Sekiranya engkau merasakan umur 22 tahun itu ialah paling cantik, ia akan hilang apabila engkau berumur 23 tahun. Tempoh kecantikan itu hanyalah setahun.

Adakah engkau merasakan kecantikan itu berterusan? Wajah muda itu tidak selamanya begitu. Engkau tidak dapat menahan umur itu daripada meningkat. Engkau tetap akan tua, atau mati ketika masih muda. Apakah bekalan engkau ketika itu? Wajah muda engkau? Segalanya langsung tidak berguna. Muka itu tetap dimakan ulat, dan badan itu tetap dimamah tanah.

Sekiranya engkau diberikan umur oleh Allah supaya dipanjangkan lagi, muka muda itu pasti akan hilang dan digantikan dengan muka tua. Sekiranya engkau berusaha mengekalkannya, engkau hanya muda pada cermin, sedangkan tubuh engkau tetap mengakui bahawa engkau adalah orang tua yang terasa muda.

Walaupun begitu, petua untuk mengekalkan muda itu tetap ada. Walaupun umur itu semakin tua, iman itu tidak pernah tua. Bahkan ia semakin tebal dan matang. Iman itu tidak akan berkurangan disebabkan kurangnya umur, tetapi ia kurang disebabkan kurangnya amalan. Kalau engkau hanya gilakan kecantikan dengan mengenakan pelbagai lotion, ia akan hilang dengan mudah. Tetapi sekiranya kecantikan itu kurniaan Allah dan ia dihiasi oleh iman di dalam diri, ia akan kekal selamanya.

Carilah kecantikan yang sebenar. Ia tidak ada pada lotion yang bertimbun, tetapi ia milik Allah Yang Maha Cantik, dan Allah sukakan benda yang cantik dengan Iman. Tetapi, engkau jangan lupa wahai gadis muda, walaupun hari ini engkau merasa engkaulah orang paling cantik pada pandangan manusia yang buta, Allah mampu menghilangkannya dengan cepat.

Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila mengalami kemalangan dan mengubah mukanya. Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila terkena penyakit kulit, terus mengubah mukanya. Tetapi, sekiranya ia mempunyai iman, dia masih cantik dan terus cantik pada pandangan Allah, dan Allah berkuasa untuk mencantikkan rupanya kembali!

Oleh itu, sekiranya engkau tidak mahu mencantikkan diri dengan iman, engkau akan hodoh disebabkan dosa. Kecantikan pada pandangan manusia yang buta itu akan hilang sekelip mata, dan Iman di dalam hati itu bukanlah diukur dengan mata manusia yang buta itu, dan inilah kecantikan sebenar.

Salam Perjuangan daripada Ana Muslimat...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga