Salamunalaik wbt dan selamat hari selasa kepada semua. Hehehe...da nak masuk hari rabu da pun. Tak mengapalah, dah lama tak menapak kat sini. Mudah-mudahan kalian diluar sana sentiasa sihat dan bahagia. InsyaAllah. Ana nak luangkan masa kat sini sementara menunggu masa untuk tido. Hmm...first of all, alhamdulillah ana ucapkan...kerana ana masih lagi diberikan peluang untuk berhidup sehingga saat ini. Sihat walafiat ajelah hendaknya coz asik asik tak sihat je. Bila da sihat nih, terasa ingin lebih menghargai apa yang telah Allah kurniakan ( kesihatan yang tak ternilai ). Alhamdulillah. Ana doakan agar kalian kat sana dan sinun tuh sihat-sihat ajelah ye. Jangan lupa nak ucapkan syukur pada-Nya atas setiap nikmat yang diberi.
Sebelum tido, sempat lagi ana berceloteh eh? Hehehe...bukan apa, sekadar nak ingatkan diri ni je. Ana selalu ingatkan diri ni supaya bersyukur dengan apa yang ada pada diri ana. Maybe ana ada kekurangan kalau nak dibandingkan dengan yang lain, tapi tak mengapa...ana redha dan bersyukur. Alhamdulillah, tenang hati nih kalau fikir camni. Emm...lagipun, semua orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. So, kenapa ana nak kecoh-kecoh kan kan kan? Sebagai hamba Allah, jangan sesekali meninggi diri dengan kelebihan yang ada pada diri lantas bermegah tanpa bersyukur. Kalau ya pun ada kelebihan yang lain dari orang lain, janganlah berlagak ok. Sentiasalah bersyukur. Ringan-ringankan mulut tuh untuk sebut "alhamdulillah". Mudah-mudahan Allah swt lebih sayang dan kasihkan kita kerana sentiasa bersyukur atas nikmat-nikmat yang tak terkira, tak terhitung dan tak ternilai harganya. InsyaAllah, amin.
Hmm...ana nak bercakap sikit malam nih. Ana harap kita semua nih selalu tenangkan hati dengan kalimah itu bila dapat sesuatu yang baik. Dapat result yang baik ke, dapat gaji ke, dapat kete baru ke, dapat keje baru ke, hmm...apa-apa jela. Bukan bila kita dah "dapat" apa-apa je leh ucapkan "alhamdulillah". Boleh je kalau nak diucapkan dalam macam-macam situasi dan keadaan. Kita semua da beso. So, pandai-pandailah fikirkan ye. Kalau nak cakap, siap nak bagi contoh...sampai pagi esok pun tak habis. Esok ana keje. So kena limit-kan apa yang nak diucapkan. Hoho. Ana tekankan soal syukur nih coz kat dunia ni ana lihat ramai je yang tak bersyukur. Kenapa ye? Tak mengapalah, itu orang lain. Ana tahu...sahabat-sahabat ana kat sini semuanya baik-baikkan? Semuanya tahu erti dan camne nak bersyukur kan? So, apa lagi? Moh la kita tido. Hehehe. Gurau je tuh. Jangan marah eh. Nanti cepat tua. So, apa lagi...berhenti la mempertahankan lagak yang tak ke mana dan ucapkanlah syukur pada Ilahi bila memperoleh sesuatu. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik Pemberi dan kita lak jangan jadi sebaik-baik penerima jerk. Do something!
Huh! Cakap tadi tak mo cakap lelama. Alih-alih, panjang jugak yang ana type eh. Da da...tak mo celoteh lagi da. Ana nak tido. Pada yang nak tido tuh, jangan lupa baca doa tido ye. Kang mimpi bukan-bukan lak kekgi. Kalau mimpi dapat kete BMW tu tak pelah jugak. Hehehe. So, selamat menambahkan ucapan "alhamdulillah" dalam ucapan dan perbualan seharian dan selamat beramal soleh! Gudnite and sleep well my dear friends. Have a nice dream okke...(^_^)
Membebel Sikit Malam Nih...
Posted by
Ana Muslimat
at
Tuesday, May 4
Labels: Open Diary...
4 comments:
Alhamdulillah syukur slalu...
Bersyukur...
Jangan tinggal solat 5 waktu dan jangan lupa dlm doa bersyukur :)
Zahirkannya....
Ada duit jangan kedekut banyakkan bersedekat @ bantu org susah...
Ada ilmu, ada kereta @ ada pe² jgn kedekut untuk kejln kebaikkan :)
Betul x SinarMawaddah ?
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab ku amat pedih"
Yup! begitu la sbaik2nya sbg sorg hamba Allah swt yg sama tara dgn yg lainnya. insyaAllah, smg kita smua mjadi hamba yg stiasa bsyukur. ingat, jgn kedekut tuk "bsyukur" k! =)
Syukran jazilan ats psanan ikhlas itu.. =)
"Dimulakan dgn Bismillah... disudahi dgn Alhamudllah...." hehe mcm biasa nyanyi dulu... betul la cume nak tambah sikit, kalau kita sentiasa bersyukur, ALLAH swt akan tambah lagi nikmatnya... tak gitu? tp ada kalanya mmg menjadi kebiasaan manusiakan yang merasa bangga bila dipuja dan rasa keji bila dihina... ape2 pun bersyukur la.. amin
Apa yg abg nizam ckpkn tu btl.. bak bait2 lirik dlm lagu yg abg nyanyikn tuh. smg kita sentiasa brada dlm lembayung rahmat n kasih syg-Nya. insyaAllah.. =)
Post a Comment