~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Perang Gaza Vs Anugerah Juara Lagu

Setelah berbelas hari Gaza dibedil dan juga beribu rakyatnya menjadi mangsa kekejaman rejim zionis, orang Melayu beragama Islam di Malaysia yang sebegitu prihatin akhirnya tiba masa untuk mereka menghiburkan diri dengan agenda terkini TV3, "Anugerah Juara Lagu".

Sebelum upacara yang menjurus ke arah maksiat ini dilaksanakan, mereka menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa perang di Gaza. Pelik tapi benar apabila mereka yang ingin berhibur berdoa pula untuk kebaikan saudara Islam di Palestin melalui ayat yang merupakan ibu segala surah.

Apakah rancangan Anugerah Juara Lagu ini pada 18 Januari 2009 terlalu penting hingga umat Melayu di Malaysia sanggup meneruskannya tanpa mempedulikan nasib saudara agama kita di Palestin? Tidak bolehkah program hiburan seperti ini dihentikan atau ditangguhkan sementara menunjukkan kita turut insaf serta sedih dengan apa yang berlaku di Palestin? Mengapakah umat Melayu ini sebegitu lantang bersuara mengenai nasib orang Palestin tetapi terus bergelumang dengan hiburan yang mereka anggap seperti nadi kehidupan mereka? Tidak cukup lagikah rancangan hiburan di Malaysia ini dengan Akademi Fantasia, Mari Berdansa dan banyak lagi elemen hiburan yang tidak langsung menguatkan kita sebagai pejuang ke arah jihad? Apakah masyarakat Melayu beragama Islam ini terus dibelenggu oleh hiburan selama-lamanya dengan bersikap sambil lewa terhadap perjuangan menuju ke jalan Allah, sehingga isteri Timbalan Perdana Menteri sanggup membazirkan masa menganugerahkan habuan kepada pemenangnya.

Salahuddin Ayubi pejuang dan ketua umat Islam sewaktu Perang Salib selalu melakukan rondaan untuk memastikan tentera Islam yang akan pergi ke medan peperangan melakukan solat pada waktu tengah malam dan pada tentera yang tidak melakukannya akan dilarang dari menyertai pertempuran keesokan harinya.

Ini perjuangan sejati tentera Islam di waktu itu. Apakah petanda bahawa umat Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia begitu bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan kita di Palestin?

Jika rancangan hiburan dimedia elektronik menjadi antara jadual penting kehidupan seharian maka kita telah tewas sebelum ditewaskan kerana inilah senjata anti-Islam yang paling senyap dan terlalu mudah. Amat jarang sekali umat Melayu di Malaysia ini memanafatkan channel Astro 511 (CNN), 512 (BBC), 513 (Al-Jazeera), 519 (Bloomberg), 551 (Discovery), 553 (National Geographic), 555 (History) dan banyak lagi saluran maklumat yang memaparkan segala macam pengetahuan untuk kita miliki. Peratusan kajian ada menunjukkan kadar orang Melayu yang menonton saluran-saluran maklumat ini hanyalah 4-6 peratus dari jumlah orang Melayu yang ada di Malaysia ini.

Umat Islam terutamanya di Malaysia patut mengembeleng tenaga dan fikiran untuk lebih berdaya maju dan dapat menguasai ekonomi didunia dan hanya dengan menimba ilmu sahaja kita dapat menguasai ini semua. Tanpa ilmu kita bagaikan pohon kayu yang kekeringan dan lemah serta menunggu masa jatuh ke bumi. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat memboikot Zionis serta pakatannya secara agresif kerana mereka ini adalah tulang belakang sektor ekonomi dunia yang menentukan hala tuju ekonomi banyak negara maju di dunia ini.

Ilmu adalah harta yang paling bernilai dan ianya tidak akan habis digunakan. Jika orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih tidak mengendahkan ilmu maka kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti saudara kita di Gaza di kemudian hari kelak. Sehingga hari ini tiada apa yang kita orang Melayu islam di Malaysia dapat melakukan yang mana boleh melemahkan rejim Zionis serta pakatan mereka. Hanya doa dan derma yang mana hanya Allah saja yang dapat menyampaikannya. Sehingga hari ini juga kebanyakan orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih menjadikan saluran hiburan di media elektronik sebagai keutamaan kehidupan harian mereka dan semoga mereka dapat membaca artikel ini serta merubah cara hidup mereka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga