~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Jumpa Lagi Ye...!!

Salamunalaik wbt...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah kerana ada lagi kesempatan untuk ana berhidup dimuka bumi-Nya yang fana nih. Alhamdulillah. Hmm...aktif pulak ana mengepos entry ek? hehehe. Anyway, hari ni ana akan mulakan shift petang. So, pagi-pagi camni ana tak tahu lak nak buat apa. However, ana pun tak tahu nak state apa. Just wanna share about my time of work. Seperti mana yang ana beritahu tadi, hari ni ana akan mulakan shift baru yakni bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 12.30 malam. So, kerja...kerja...kerja...kerja dan kerja sajalah. Bila badan dah letih, mata dah penat, sure akan jadi malas nak online. Bila tak online, faham-faham jelah ye. It means that i didn't wanna update anything...whether it is about me or not. Hmm...untuk tak menghampakan sahabat-sahabat yang suka melancong ke sini, ana ada masukkan picture masa ana kat office lama dulu sebagai mengingati memori ana bersama officemates kat sana sambil-sambil ana update blog hari nih. InsyaAllah, terubat jugak rindu ni pada mereka bertiga tuh ( dari kanan : cik Zen, Siti dan kak Ja ). So for the last words, insyaAllah kalau diizinkan Allah swt...yakni ada kelapangan untuk update weblog nih, ana akan update seboleh yang mampu. Now, ana nak bersiap-siap tuk pergi kerja. See you all next time. Jaga diri kalian baik-baik. Salam ukhwah fillah...abadan abada..!! (~_^)

Last day in memories...at Ministry Youth and Sports.

Kerana Ukhwah...Kita Bahagia...


Salamunalaik wbt...

Alhamdulillah kerana dapat jugak ana menapak kat weblog kesayangan ana nih. Dah agak lama tak "turun padang" ek?? kalau boleh, hari-hari ana nak share information, share experience, etc kat blog ana nih bersama-sama sahabat-sahabat sama ada yang jauh ataupun yang dekat. Tapi, malangnya ana tak berkesempatan untuk melakukannya kerana kekangan~ kerja. So dengan sisa-sisa energy yang ada nih ana try untuk describe sesuatu. InsyaAllah.

So, last week ana dah mulakan pekerjaan ditempat baru. Alhamdulillah...kerana walaupun keadaan ana agak renyah untuk mulakan langkah dari rumah ke tempat kerja, namun ana tetap teruskan. Teruskan melangkah walaupun sebenarnya keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Asyik tak sihat je. Experience...mulakan perjalanan seawal pagi. Sesudah subuh terus keluar dari rumah. Sementara nak sampai kat bus stop, ana berjalan kaki...agak jauh dari rumah. Pagi-pagi ana dah buat exercise. Sepatutnya ana sentiasa strong dan segar bugar. Tapi lain pulak keadaannya bila selama 5 hari ana bekerja, selama 5 hari tue jugaklah ana demam. Hohoho...dugaan apakah ini?? tak mengapa...life should be goes on eventhough i'm sick. Itu bab ana keluar dari rumah. Memang menguji kepantasan kaki semasa berjalan. Kerana apa?? kerana...kalau berjalan lambat-lambat, alamatnya driver bas Rapid KL tuh tinggalkan ana yang nak sampai awal kat tempat kerja. Can you all imagine...how faster i'm walking?? berjalan macam kartun hanya kerana tak nak lewat sampai kat tempat kerja. Hehehe. So, bila dah sampai kat bus stop, termengah-mengah duk melilau tengok bas yang nak ke KL. I'm from Kajang.

Hmm...dari Kajang ana ke tempat ana kerja memang satu jarak yang jauh dan memenatkan. Ana jadi seorang yang banyak bergerak dan berjalan. Renyah. Tapi itu pengalaman. Itu bab pergi kerja. Kat tempat kerja pulak, lain pulak pengalamannya. Sekarang nie, ana semakin kenal ramai orang. Tak terbatas pada umur peringkat ana saja. Bahkan, yang lebih muda dan tak kurang jugak dengan yang lebih berumur dari ana. Pendek kata, bermacam-macam peringkat umur dan ana beruntung kerana dapat sesuaikan diri dikalangan mereka dan dapat kawan baru. Alhamdulillah kerana pekerjaan yang ana lakukan sekarang membuatkan jalinan ukhwah antara ana dengan yang lain menjadi bertambah kuat dan akrab. Dalam satu space dan rangkaian yang besar, boleh jadi kawan. Hmm...that's great as human being dan inilah satu-satunya hikmah yang Allah swt berikan disebalik kepenatan ana bekerja seharian. Means, sambil bekerja sambil beramah mesra dengan yang lain untuk belajar sesuatu daripada mereka. Yes, i was grabbed and learned a lot of things from them, especially from my trainers.

So, it's my new experienced. Do this and do that with another people like a students. So, this unduction is never won't makes me bored. InsyaAllah...i hope that i will goes on nicely with others. Al-maklum saja, bukan senang nak sesuaikan diri bersama dengan yang lain lebih-lebih lagi yang lain-lain itu berada dalam life background yang berbeza-beza. Huhu. So, actually the main point kat sini adalah mengenai ukhwah. I really proud when i can know about another things from another people. Kesempatan yang Allah swt berikan sebelum kesempitan membuatkan ana berasa bersyukur. Sangat-sangat bersyukur kerana menjadi "insan terpilih" untuk merasai ujian serta nikmat-Nya. Alhamdulillah. So, repeat about ukhwah ( the relation ), ana berharap ana terus dapat menempatkan diri didalam satu hubungan yang baik agar dapat menjalankan amanah ( pekerjaan ) dengan baik. Kerana...bukankah persekitaran yang baik bersama teman-teman dapat memberikan impak yang baik dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan?? hmm...am i right?? if i'm in the right way, please votes for me. Hehehe.

So, for the end...ana nak summerized for all the things berkenaan dengan penceritaan ana yang panjang lebar nih. Sebagai hamba Allah swt yang sama tara disamping-Nya, kita tak patut melayan orang lain dengan layanan yang buruk hanya kerana kita tak mengenalinya dengan rapat. Treat and cure another person with sincerely, also nicely. InsyaAllah...orang akan treat and cure kita dengan baik jugak. Siapa yang nak dilayan dengan buruk kan?? so, samalah jugak dengan kita. Pasti kita tak nak dan salah satu cara untuk mengelakkan diri dari perkara yang buruk itu adalah mencuba untuk menjalinkan hubungan dengan baik tak kira dengan siapa walaupun berlainan bangsa atau berbeza agama. Carilah seberapa banyak cara untuk menghadirkan diri dikalangan mereka yang suka berkawan dan lakukannya dengan seikhlas hati. Ingat...jangan menghadirkan diri untuk menunjuk-nunjuk kelebihan diri. Tapi hadirkanlah diri untuk menjadi insan terpuji. InsyaAllah, mudah-mudahan ukhwah yang dibina diberkati Ilahi dan dapat manfaat ( faedah yang baik ) dari hubungan yang dilangsungkan. InsyaAllah, amin ya Rabb. Last words, jika kita mengatakan yang diri kita ini susah ( miskin, tak cukup duit, tak cukup makan, tiada kerja, tiada kenderaan, etc ), renung-renungkanlah di "luar tingkap" sana...bahawa kat dunia nih masih ada yang keadaannya lebih susah daripada kita. Selamat berfikir dan selamat menjalankan amanah yang Allah swt berikan pada kita. Tata...(b_b)


P/s : Ukhwah lillahitaala nie hebat. Sangat hebat. Jadi, berhubunglah sebagai insan yang rendah diri serta rendah hati agar dapat mencungkil potensi kebaikan dan keikhlasan dalam hati supaya hati akan menjadi lebih bahagia. \(^_^)/



Alhamdulillah...

Alhamdulillah ya Allah... kerana memberikan hamba-Mu ini "hidup" yang baru. Aku bersyukur kehadrat-Mu kerana memberikan aku peluang, ruang, taufiq serta hidayah-Mu. Kau pimpinlah aku supaya tak terleka dan jatuh lagi. Ujian-ujian-Mu adalah kasih sayang-Mu padaku. Aku yakin dengan itu. Kekalkanlah aku begini ya Allah...(~_~)

Keburukan : Kenapa Itu Sahaja Yang Kita Nampak..??

Salamunalaik wbt...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah kerana hari ini dapat juga ana luangkan masa untuk meneruskan hajat yang telah lama tersimpan dihati dan kotak fikiran bagi meluahkannya didalam bentuk tulisan. Apa yang ana nak sampaikan disini pada hari ini adalah mengenai keburukan-keburukan didalam diri yang mudah dilihat oleh kacamata orang lain sehingga tidak menampakkan kemolekan dan kecantikan ( kebaikan ).

Seperti mana yang kita semua tahu, kita harus bersangka baik dan melihat kebaikan dalam diri seseorang bagi meneruskan sesuatu perhubungan ( ukhwah ). We are not perfect. Yes...!! we are not. So, kenapa asyik mahu melihat keburukan itu sahaja? mari kita cuba fikirkan sejenak mengenai kebaikan seseorang. Dalam diri seseorang itu, pastinya akan ada sikap buruk dan sikap baik. Kadangkala, kita hanya kenal seseorang itu dengan kebaikannya sahaja sehingga tidak nampak segala keburukannya yang pandai disorokkan atas sebab-sebab yang tertentu. Dan, ada juga seseorang yang kita kenal itu terlalu banyak keburukan sehingga kita buta untuk nampak kebaikannya. Itulah sikap manusia. Terlalu cepat menilai keburukan dan kebaikan orang lain tanpa "memandangnya" dengan mata hati.

Ana, sebagai insan biasa yang pernah melakukan silap dan salah, kadang-kadang termasuk juga dalam golongan yang mudah menilai tanpa melihat dengan mata hati ini. Setakat melihat dari kacamata, itu tidak mencukupi. Kita harus akui bahawa semua orang ( hamba Allah swt ) kat dunia ni tak sempurna dan tetap akan melakukan silap dan salah sama ada kecil mahupun besar. Hanya Allah swt sahaja yang berhak menilai dan memberikan pembalasan ( baik atau buruk ), bukan kita.

Bila direnungkan balik, adakah orang lain sedar bahawa disebalik keburukan-keburukan yang ada dalam diri kita ini sebenarnya masih ada kebaikan? dan, adakah orang lain sedar bahawa disebalik kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, tetap terselit keburukan? sedar atau tidak? hanya hati yang seikhlas dan sejernih air dikali sahaja yang boleh menyatakan jawapan yang bersesuaian dengan persoalan yang ana lontarkan itu. Sebagai manusia biasa, jangan diharapkan kesempurnaan total sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Dalam diri setiap orang pasti ada sikap baik dan buruk. Bukan sesuatu yang mustahil untuk "mengenali serta menampakkan" kedua-dua sikap ni...dari dan dengan mata hati. Pendek kata, jadilah diri sendiri secara total dan tidak menunjukkan kepura-puraan dikhalayak. Jika kita ingin berkelakuan baik, teruskanlah. Semoga kebaikan yang kita tunjukkan ini menjadi sumber inspirasi untuk orang lain merubah sikap disamping berdakwah dengan cara halus. Semoga kita dikenali dengan kebaikan-kebaikan yang ada dalam diri kita kerana Allah swt semata-mata ( melakukan kebaikan serta bersikap baik kerana-Nya ). Namun, jangan sesekali bermegah diri dengan apa yang kita ada. Kerana pada hemat ana, apa jua yang kita ada ( kebaikan ) adalah datangnya dari taufiq serta hidayah-Nya juga. Jadi, lakukanlah kebaikan seadanya dan bukan kerana untuk tontonan sekalian manusia.

Itu mengenai kebaikan-kebaikan yang diharapkan dapat diterapkan. Namun jangan dilupa pula pada keburukan. Seperti mana yang ana ucapkan diatas, dalam kebaikan tetap ada keburukan dan dalam keburukan tetap ada kebaikan. Jadi, ana berharap pada diri ini, menasihatkan diri ini dan pada kalian...bahawa jangan kerana keburukan-keburukan yang ada didalam diri orang yang kita kenal itu membuatkan kita buta mata hati untuk nampak kebaikan yang ada dalam dirinya. Generally, yang buruk itulah yang akan tetap dipandang buruk sampai bila-bila. Kenapa ya? pelik juga ana bagi ada sesetengah yang berfikiran serta beranggapan seperti ini. Kenapa tidak yang buruk itu dipandang dengan sedikit ruang cahaya yang baik? sedangkan malam pun akan bertukar siang ( gelap kepada cerah )...inikan pula kita yang mempunyai hati dan akal yang mampu memikirkannya. Mungkin agak sukar untuk kalian memahami ayat-ayat puitis ana ni. Tak mengapa. Hanya ana sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. So, pendek kata, janganlah kita hanya melihat keburukan ( kegelapan sahaja ). Sebaliknya, cuba-cubalah juga untuk melihat kebaikan ( kecerahan ) dalam diri orang yang berada disamping dan disekeliling kita. Lihatlah baik-baik. Tak semua orang yang jahat itu jahat. Dan, tak semua orang yang baik itu baik. Pasti akan ada kekurangan...termasuk yang tengah menaip dikanvas elektronik ini.

Untuk itu, rumusan bagi epilog yang sempat ana coret ini adalah...cubalah membuat kebaikan sebanyak yang kita boleh tetapi janganlah kebaikan-kebaikan itu kerana manusia. Lakukanlah kebaikan kerana yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun sebagai manusia yang alpa lagi pelupa, kita tetap akan melakukan dosa, silap dan salah. Jadi, disebalik kebaikan, kita semua tetap akan ada keburukan yang terpamer. Keburukan ini adalah pemangkin untuk kita melakukan perubahan agar dapat menjadi yang lebih baik. Ana berharap agar diri ini serta kalian tidak akan menjadi insan yang buta mata hati untuk melihat kebaikan orang lain sehingga hanya nampak keburukan sahaja. Harus diingat, kita semua ni tak sempurna sampai bila-bila dan jangan hanya dengan sedikit keburukan membuatkan kita lupa segala kebaikan yang pernah dilakukannya. Sesungguhnya keburukan itulah yang akan membuatkan kita berfikir dan berubah ( merubah sikap ). Meh kita sama-sama muhabasabah agar dapat menjalani hidup sehari-hari dengan lebih neutral. Wallahua'lam bissowab.


P / s : Kadang-kadang agak sukar untuk menjadi baik kerana yang buruk itu jugalah yang akan dilihat, dikaitkan dan diperkatakan. Kenapa?...(~_~)

Tazkirah - Wuduk Dan Lapan Pintu Syurga

Salamunalaik wbt...

Hari nih ana nak share bersama teman-teman, tazkirah seperti tajuk kat atas tuh. So, apa lagi...?? jom kita sama-sama baca dan renungkan isinya untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah.



Sabda Rasullullah saw : “Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abduhu wa rosuuluh, ( maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu ( Tuhan ) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya ) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. Semasa berwuduk juga boleh dibaca doa di atas. Berbanding langit dan bumi yang mempunyai tujuh ( 7 ) lapisan, syurga mempunyai lapan ( 8 ) pintu, satu tambahan itu adalah rahmat Allah. Angka 7 menunjukkan kekuatan, misalnya dalam Perang Badar, jumlah tentera Islam ialah 313 orang, ( 3+3+1=7 ). Diriwayatkan juga Nabi Daud menentang Jalut dengan tentera seramai 313 orang. Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga. Di dalam sebuah hadith yang lain pula ditambah, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin ( Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri )

P/ s : Wuduk...membawa keberkatan...~_^

Celoteh Hati Diakhir 1430 Dan 2009

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi ana ucapkan kepada sahabat-sahabat serta pengunjung-pengunjung yang sudi untuk mengunjungi "teratak buruk" ana nih. Alhamdulillah...bersyukur ana ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan ana peluang untuk bernafas lantas masih berhidup. Alhamdulillah...ucapan khas tanda syukur buat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dah agak lama ana tak update blog nih. Kadang-kadang ana menghitung hari untuk menaip sesuatu dikanvas elektronik ni. Tapi, tak berkesempatan dek ada hal-hal lain yang lebih penting untuk ana lakukan. Lantaran itu, alhamdulillah kerana hari ni ana diberikan peluang dan ruang untuk melatih jari menaip laju. Hehehe.

Well, dipagi yang indah dan mulia ni...hati ana berasa tenang, senang, aman dan bahagia. Ada banyak perkara yang membuatkan ana memperoleh rasa yang sebegini pada pagi yang sejuk nih. Syukran jazilan ya Allah...kerana memberikan nikmat yang tak terhingga dan tak terhitung pada hamba-Mu yang seringkali alpa ni. Ana tak mo cakap panjang-panjang berkenaan hati ana pagi nih. Cukup hanya Allah swt yang tahu.

Hari ni bertarikh 29 Disember. Tinggal beberapa hari je lagi untuk melangkah ke tahun baru Gregorian 2010. Seperti mana yang antum tahu, kita telah pun memasuki tahun baru Hijrah beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah kerana masih ada kesempatan untuk memasuki tahun baru Hijrah 1431. Banyak perkara pahit manis yang telah berlaku pada ana sepanjang tahun ni. Dari yang membuatkan ana terseyum lebar sampailah ke ana menangis hiba. Semuanya ana rasa dalam tempoh yang agak panjang nih. Setahun...bukan sekejap. Kalau ana ni dah ada anak, anak ana tu dah leh mengekek-ngekek sampai nampak gigi dah kot. Hehehe. Tapi ana ni bujang trang tang tang lagi. So, tak dapat tengok bayi kecil yang membesar didepan mata. Bila nak tengok anak sendiri membesar depan mata...?? Huhu...belum tahu lagi bila. Tungguuuuu jela sampai Allah swt merestui.

Disepanjang perjalanan di tahun 1430 dan 2009 ni...ana juga seperti hamba Allah swt yang lain. Yakni ada melakukan salah silap pada-Nya. Ana dah cuba untuk buat yang terbaik untuk diri ana sendiri dan juga untuk-Nya. Tapi, ana tetap insan biasa yang buruk lagi hina. Ana tetap tak boleh lari dari buat salah silap sehingga memberikan impak yang berupa dosa. Jadi, kerana kesalahan dan kesilapan lalu, terimalah aku kembali ya Allah...ampunkanlah hamba-Mu yang lemah ni. Bermohon dengan sangat...bermohon pada-Mu. Azam ana pada tahun akan datang adalah sama dengan azam ana pada tahun sebelumnya yakni "nak tambahkan apa yang perlu ditambah dan nak kurang apa yang perlu dikurangkan...". InsyaAllah, semoga ana dibekalkan dengan kekuatan untuk menongkah arus dunia yang fana ni. InsyaAllah, amin.

So, pada tahun 2009 ni juga ana berkesempatan untuk merubah fikiran dari "tak nak" kepada "nak" create account for facebook. Pada mulanya ana tak nak create this one sebab tak nak apa jua spekulasi di friendster dulu berulang kembali. Tapi lastly ana ubah fikiran untuk create account facebook kerana nak cari balik sahabat-sahabat lama yang disconnecting masa skula dolu-dolu. And...alhamdulillah kerana ana dah jumpa balik sahabat-sahabat lama kat facebook tuh. Alhamdulillah sangat coz bukan senang nak keep in touch dan bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama. Tapi berkat kesabaran ana mencari dan terus mencari, akhirnya dapat jugak. So, for all my friends that i was found on facebook, thanks a lots coz was accepted my invitation and willing to connected with me. Thanks..!! Tak kurang juga pada yang mencari ana disitu. Thanks a lots juga ana ucapkan pada kalian.

Hmm...bila dah lama tak jumpa sahabat-sahabat lama, masing-masing mempamerkan wajah yang jauh berbeza kalau nak dibandingkan masa skula dolu. Tapi ada jugak yang still maintain comel. Dari dulu sampai sekarang ni sama je. Hehehe. Apa-apa pun, alhamdulillah kerana Allah swt memberikan kesempatan untuk ana memperkukuhkan ukhwah. Ukhwah lillahita'ala...semoga beroleh berkat dan redha dari-Nya. InsyaAllah.

So for now, i doesn't have a lots of ideas to write on this. I just wanna wish "Happy New Year~ Hijrah 1431 And Gregory 2010" to all my friends and also to all my followers. Jazakallahukhair kerana masih lagi mahu bersama-sama ana disini. Sebelum ana berhenti menaip, ada sesuatu yang ana nak sampaikan pada semua sahabat. Apa yang ana nak sampaikan adalah..."Ana amat menghargai kehadiran kalian didalam hidup ana. Amat-amat menghargai. Ana ikhlas bersahabat dengan kalian walaupun ada sesetengah antara kita tak pernah bersua muka atau tak pernah bercakap bergurau senda secara face to face. It's ok. InsyaAllah mudah-mudahan saja kita bisa berjumpa untuk lebih mengenali. Hanya Allah swt saja yang tahu tentang rahsia itu. Jika tak bertemu didunia, doa-doakanlah agar kita bisa bertemu diakhirat kelak sebagai saudara seagama yakni Islam". So, jika ana ada melakukan kesalahan or kesilapan yang tak ana sengajakan, ana asif jiddan...ucapan khas untuk kalian.

Untuk tahun-tahun yang bakal mendatang, diharapkan agar diri ini dan diri kalian dapat mengecapi azam masing-masing. Semoga bahagia dunia akhirat, semoga diberkati diredhai Ilahi, semoga berjaya bersama impian masing-masing. InsyaAllah, amin. I've nothing to say and for the last word, see you all next time and keep in touch...!! (~_^)

P/s : Sesungguhnya, perjalanan hidup ini masih terlalu jauh untuk sampai ke destinasi terakhir...

Pesanan...

Pesan Imam Ghazali...


"yang Dekat itu Mati"



"yang Jauh itu Masa"



"yang Besar itu Nafsu"



"yang Berat itu Amanah"



"yang Indah itu Solat"

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

.::Pengunjung::.

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga