~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Sains Buktikan Manusia Dicipta Daripada Tanah

Al-Quran menyatakan manusia asalnya diciptakan daripada tanah. Fakta ini disahkan saintis yang mendapati unsur yang terkandung di dalam tanah ada dalam jasad manusia. Adanya 16 unsur pada jasad manusia sama dengan unsur pada tanah membuktikan benda yang diperlukan oleh tubuh manusia itulah juga bahan yang manusia diciptakan daripadanya. Walaupun kebenaran penemuan sains boleh dijadikan bukti bagi mereka beriman, tetapi sesetengah golongan masih mengatakan penemuan itu bersifat ilmu semata-mata. Demikian juga bagi sesetengah golongan yang masih tidak percaya fakta mengatakan kegagalan manusia untuk hadir menyaksikan penciptaannya tidak boleh dijadikan bukti manusia tidak dapat mengetahui mengenai hakikat kejadian dirinya. Kepada golongan ini al-Quran masih tetap mengisyaratkan mengenai bukti lain yang menunjukkan manusia dicipta secara langsung daripada tanah dalam bentuknya seperti yang ada sekarang bukannya melalui proses evolusi. Bukti yang disyaratkan oleh al-Quran supaya menjadi bahan pemikiran dan pengamatan terhadap hakikat kejadian manusia ialah bukti yang disorot daripada fenomena maut.

Mati adalah satu kebenaran yang pasti, tidak dapat dinafikan dan diragui manusia. Walaupun sesetengah manusia belum merasai sendiri, dari penyaksian dan pengalaman yang berlaku kepada manusia terdekat, memberikan suatu keyakinan mengenainya. Hakikat mati yang yakin dan pasti ini adalah ciptaan dan kekuasaan Allah Maha Pencipta. Dialah Allah yang mencipta hidup dan mati. Bagi manusia yang tidak percaya mati itu ciptaan-Nya, tetapi dari perbuatan penyakit atau bahaya lain, Allah mencabar mereka agar mencari benteng kota yang dapat mengelak diri daripada maut. Allah juga mencabar manusia agar mengembalikan semula nyawa atau rohnya sewaktu malaikat mula mencabutnya sampai ke halkumnya. Cabaran Allah seperti yang dikatakan dalam al-Quran tetap tidak dapat dilakukan oleh manusia sejak zaman Nabi Adam hinggalah sekarang, bahkan sampai bila-bila pun manusia tidak mampu. Adalah mustahil sama sekali bagi manusia untuk berjaya dalam menyahut cabaran Allah kerana Allah jua yang mencipta mati dan hidup.

Penyebab kepada mati bukan yang mencipta mati, tetapi ia berlaku hanya dengan iradah (kehendak) Allah.Yang pasti fenomena mati mustahil manusia dapat mengelaknya, sekalipun mempunyai mercu ketinggian ilmu yang canggih. Fenomena mati adalah lawan kepada fenomena hidup. Sebagaimana fenomena hidup itu tergambar pada adanya daya pergerakan, demikian juga pada fenomena mati tergambar pada adanya gejala diam. Jika fenomena hidup itu dapat dilihat melalui gejala tumbuh dan subur, demikian juga pada fenomena mati, adanya gejala rosak dan musnah. Sebagaimana titik awal selepas kekosongan itu menjadi permulaan bagi kehidupan, demikian juga akhir penghujung kepada kehidupan itu titik awal kepada kematian. Atau dengan perkataan lain, akhir penghujung hidup itulah mulanya titik awal mati. Walaupun manusia tidak melihat bahan asal kejadian dirinya, manusia dapat mengetahui bahan asal kejadiannya melalui proses kematiannya yang pasti berakhir kembali ke titik awal dalam proses kejadiannya. Jika hakikat yang nyata dan jelas ini masih dikatakan suatu kebetulan, tidak lain dan tidak bukan apa yang dikatakan kebetulan itu hanyalah semata-mata sebagai alasan kepada keingkaran.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga