~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Adakah Anda Berdua Pasangan Serasi...??


Salam alaika buat pbaca skalian...

Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia, carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Smakin jauh, smakin baik. Pasangan yg urutan lahirnya bertolak blkg, biasanya saling menarik antara satu sama lain sehingga sgt baik dlm khidupan perkahwinan. Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG + SULUNG & TUNGGAL + TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mereka sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh berkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Berhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jgn suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan. Definisikan peranan masing2 dgn jelas. Ini dpt mengelakkan drpd perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tdk semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati. Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”

SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak atau abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Selalu-selalulah berbincang. Jgn biarkan pasangan anda berkata, "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yg sebenarnya. Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bg anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga. Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup dan rancangan masa dpn. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yg lahir sbg anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu. Dlm hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dlm perkahwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Krn setiap org mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dgn cara sebaik mungkin. Jgn terlalu drastic, tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tdk gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Jika sukar utk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Spt surat, kad atau pun sms. Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sbgnya. Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.T etapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative. Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

TENGAH + BONGSU = AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm segala aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Jgn sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha utk berkongsi dlm segala hal. Jgn menangis atau ketawa sendirian.

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak drp awal lg, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajiban masing2. Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
>> Jgn suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia utk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha utk menyelesaikan segala masalah. Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan, agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini. Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi segala apa yg mendatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.

Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dgn kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah. Wallahua'lam...

3 comments:

hamba_yg_lemah February 15, 2009 at 11:50 PM  

salam..
he he he..betul ke ni..atau fakta biase2 je..berape % ye kebenaranye..hehehe,,nk tau je..hehehe

Ana Muslimat February 16, 2009 at 9:17 AM  

Waalaikummusalam wbt, ya akhi. actually artikel tue ana edit from email yg ana trma. so, mlalui pmhatian ana, mmg ada btlnya or dg kta lain mmg fakta. tp Allah swt lbh mgtahui akn kbnaran ats apa yg Dia jdkn. wallahua'lam bissowab.=)

~Pengembara Sepi~ February 22, 2009 at 6:32 PM  

owhhh..ya ka...Saya bongsu ni kena cari yang sulong la....

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga