~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Hujan Da Turooooon...


Kekadang terdengar bebelan org2 kt sekeliling kita..."Cuaca buruk je akhir2 nie ye..." soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?? brp ramai dikalangan kita yg mengeluh bila Hari Hujan?? - "Ish3, tak kering la baju kalau asyik hujan je..." - "Alahai, hujan laaagiiii..." - "Tiap2 hari hujan...susah la mcm nie..." - "Payah nak buat apa2 kalau hujan..." - "Tak boleh balik lagi, hujan!".

Bukankah bebelan2 itu lebih baik digantikan dgn DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yg menghantarkan angin sbg pembawa berita yg menggembirakan sblm kedatangan rahmat-Nya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yg mati (ke daerah yg kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dgn awan itu, kemudian Kami keluarkan dgn air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) org2 yg telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57).

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya...
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Hmm...nie sikit je senarai kebaikannya. ada byk lagi. kenapa org selalu "bad mood" bila hujan?? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba2 je bermuram nie...??" Mcm biasa jerk dengar ayat TUE kan?? seolah-olah sinonim sungguh hujan dgn suasana muram or tak best. cian kt hujan. sedarkah kita?? bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. sebab tue, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. skg nie, kt tempat kita hampir tiap2 hari hujan. tiap2 hari ada masa utk DOA menjadi mustajab. kenapa nk lepaskan peluang dgn keluhan sia2 di saat pintu2 langit sedang terbuka??

"Maka Kami bukakan pintu2 langit, dgn menurunkan hujan yg mencurah-curah" (al-Qamar : 11) Maka, BERDOALAH. semoga hari ini lebih baik dari semalam. n semoga, hari esok akan lebih baik. dlm ilmu tasawwuf n ilmu2 fardhu ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dgn sukatan yg tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan dibumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18) rupa2nya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. baru hari nie kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kpd kita skg nie ada sebabnya, ada sukatannya. kemudian, air tue akan disimpan dibumi. selama mana?? itu semua rahsia Allah. "Dan Kami hantarkan angin sbg pembawa air Dan pemindah benih; maka dgn itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22) semoga ada iktibar utk peringatan kita bersama. "Dan Allah jualah yg mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali2 lalai akan apa yg kamu lakukan." (Surah Hud : 123).


P/s : Ptg nie hujan lagi kot. hu2...xpe...xpe...hujan tue rahmat n kasih sayang Allah swt pd kita semua. ikin...ingat ye ikin...jgn mengeluh bila hujan da turooooooon...!! berbahagialah bila hujan yg turun bagaikan mutiara...ahaks...(~_^)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga