~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Diari Ramadhan # 1

Salamunalaik dan selamat pagi...kpd semua sahabat yg setia mengunjungi weblog ana yg tak seberapa nie. alhamdulillah coz hari nie ana masih berada dlm keadaan yg baik...berbekalkan mental dan fizikal yg baik. semuanya stabil. alhamdulillah coz masih dpt melayari kehidupan kat dunia Allah yg serba indah nie. alhamdulillah...

Hari nie merupakan hari yg keenam kita semua berada dlm bulan Ramadhan. macam mana dgn puasa kalian wahai sahabatku?? masih ok?? agak2 leh berubah kearah yg lebih positif tak?? ana berharap agar kita semua boleh berubah kearah yg lebih baik, lebih ok dan lebih sempurna. insyaAllah. hopefully, perubahan kearah kebaikan itu tidak berada setakat dlm bulan nie saja. tp ke bulan2 yg seterusnya...selama2nya. insyaAllah. ana doakan agar diri ana, diri kita semua boleh merubah perkara negatif yg telah bermastautin lama dlm diri kpd perkara yg lebih positif. al-maklum jela...kita semua bukan nk hidup menongkat langit je. tp akan kembali kpd-Nya satu masa nanti. so, sama2 la mempersiapkan diri kita dgn amalan2 dan perbuatan2 yg baik sebelum waktu itu tiba. hmm...panjang lak ana berceloteh ek. tue la...da lama tak "bercakap". bila da mula "bercakap", camni la jadinya. hari nie ana tak berapa busy. so, take time la jap utk berceloteh.

Skg nie ana da mula berpuasa sbg seorang yg da bekerja. sebelum nie, ana berpuasa sbg seorang yg masih dlm pengajian. kedua2 situasi...berbeza. byk bezanya. dari segi pengurusan masa, waktu makan, waktu utk duk kat umah, waktu utk kawan2...semuanya da berbeza. kini, baru ana terasa masa yg datang dan pergi tue begitu bermakna seiring apa yg sedang ana lakukan. hmm...memang busy...sampai ada yg berkecil hati. ana asif jiddan pd yg da terasa terpinggir dgn kesibukan ana nie. ana bukan sengaja menyibukkan diri. tp, sememangnya ana sibuk. hu2...fahamilah ana. life should be goes on and i will goes on. bila berpuasa cmni, teringat lak time berbuka puasa dgn family. hu2...sedihnya. sabau jela. ummi dan walid...berbuka dgn adik2 ana yg lain tanpa ana. ana lak berbuka berdua dgn sahabat ana yg sorang tuh. uhuk2. santapan utk berbuka puasa tidaklah sama seperti berbuka dgn family tercinta. berbuka dlm keadaan yg ala kadar saja, teramat biasa. tp alhamdulillah coz paling kurang ana masih dpt berbuka...dan dpt pahala. alhamdulillah.

Puasa pd tahun nie memang lain dgn puasa2 di tahun2 yg lepas. apa2 pun, semoga ana beroleh rahmat dan redha Ilahi. rahmat dan redha Ilahi tue yg penting. so, sama2 la kita berpuasa dan mempergandakan amalan2 soleh spt membaca al-Quran sbg memenuhi haq pd al-Quran itu sendiri, melakukan solat tarawih dan solat2 sunat yg lain. insyaAllah. ana berpesan pd diri ana juga. so ikin...jgn lupa utk terus beristiqamah ye...!! (^_^)

P/s : Beramallah dgn sebaik2nya dan sebanyak2nya spt kita akan mati dikeesokan hari dan mudah2an Ramadhan tahun nie bukanlah Ramadhan yg terakhir buat kita semua. insyaAllah.

4 comments:

~Pengembara Sepi~ August 27, 2009 at 8:11 PM  

baiklah cikgu...

Ana Muslimat August 28, 2009 at 7:55 AM  

Hu2...sejak bila laks ana jd cekgu wahai sahabat...??

~Pengembara Sepi~ August 28, 2009 at 1:04 PM  

huhuh saje aje wahai cigu ana muslimat

Ana Muslimat August 28, 2009 at 2:43 PM  

Sabau jela. klau ana cekgu, spe lak jd ana murid ana?? he3...=P

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga