~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Menangislah Kerana Allah


Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hari nie ana nak share certain thing mengenai diri ana sendiri. ana nie seorang gadis yg cengeng. kalau antum wa antumna tak tahu apa itu maknanya cengeng, hmm...cengeng nie istilah bagi orang yg suka nanges. bonda kesayangan ana selalu tegur sewaktu bercakap kat telefon. "along, udah-udah la cengeng. asyik nanges jerk. sikit-sikit nanges, sikit-sikit nanges...". he3. ana nanges kerana ada banyak sebab yg kadang-kadang menjerut tangkai hati ana nih. chewaaaaah...jiwang laks! apa-apa pun, tangisan demi tangisan seakan-akan tiada makna kerana hanya akan membengkakkan kelopak mata, memerahkan bijik mata, menyesakkan lubang hidung, menyakitkan dada, etc. tangisan yg benar-benar memberi kesan dan makna yg mendalam adalah nanges kerana-Nya. setitis airmata yg mengalir ke pipi pun akan terasa nilainya kalau nanges kerana yg Maha Pencipta. ana pernah rasakan ia dan ya...memang bernilai. tak membazir tangiskan sesuatu yg amat bernilai pengertiannya. so, untuk perkongsian kali nih, ana nak expose mengenai "Menangislah Kerana Allah" dan i hope ianya berguna kepada kita semua. insyaAllah...


+++++++++++++++++


BINGKISAN KHAS :
Buat mereka yg sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. serta buat semua ummah yg pernah terlupa...


PERKARA : MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Firman Allah swt dari surah Al-Maidah ayat 44 yg kira-kira maksudnya :
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepada-Ku...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yg jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya : “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yg tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya : “Apakah yg telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab : “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda :
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata : Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yg takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yg berasa aman dari-Ku di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yg bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata : “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri) . Kecuali Rasulullah saw yg sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata : “Demi orang-orang yg bersolat, demi orang-orang yg siddiq, demi orang-orang yg khusyuk, dan demi orang-orang yg berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as : "Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi : “Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya : “Air apakah ini?” Jibril menjawab : “Itulah air mata umatmu yg menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa : “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yg jatuh dari pohonnya.

Barangsiapa yg ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmat-Nya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda :
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yg lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab : “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat : "Bukakanlah hijab dari muka mereka." Malaikat menjawab : "Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab : “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu dengan-Ku.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman : “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepada-Ku. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hamba-Ku, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yg berkekalan.”

Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi : “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hamba-Ku. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepada-Ku?” Mereka menjawab : “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yg belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.”

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al-Baiyinah ayat 8 : Ertinya : “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepada-Nya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yg membawa makna : “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda : “Api neraka tidak akan menjilat orang yg pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”


P/s : Sumber : Terjemahan Mukasyafah Al-Qulub tulisan Imam Al-Ghazali. buat mereka yg seringkali menangis demi perkara yg sia-sia, menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta dan sebagainya. cinta! cinta! cinta duniawi. istighfarlah! sedarlah! bangkitlah dari lenamu. buat mereka yg seringkali melupakan kekasih yg paling agung, Allah sedang menantimu di pintu taubat-Nya. pulanglah pada-Nya...dan menangislah untuk-Nya. menangis untuk menangih cinta-Nya, menangis kerana memohon taubat-Nya, menangis kerana berdosa pada-Nya, menangis kerana takut pada-Nya. kerana Allah swt telah berfirman : “Janganlah kamu seperti orang-orang yg melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19) . ingatlah wahai sahabatku, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yg layak buat semua titisan air matamu. pesanan tulus dari hati sanubari buat diri ana sendiri dan buat kalian...(~_~)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga