~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Celoteh Hati Diakhir 1430 Dan 2009

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi ana ucapkan kepada sahabat-sahabat serta pengunjung-pengunjung yang sudi untuk mengunjungi "teratak buruk" ana nih. Alhamdulillah...bersyukur ana ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan ana peluang untuk bernafas lantas masih berhidup. Alhamdulillah...ucapan khas tanda syukur buat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dah agak lama ana tak update blog nih. Kadang-kadang ana menghitung hari untuk menaip sesuatu dikanvas elektronik ni. Tapi, tak berkesempatan dek ada hal-hal lain yang lebih penting untuk ana lakukan. Lantaran itu, alhamdulillah kerana hari ni ana diberikan peluang dan ruang untuk melatih jari menaip laju. Hehehe.

Well, dipagi yang indah dan mulia ni...hati ana berasa tenang, senang, aman dan bahagia. Ada banyak perkara yang membuatkan ana memperoleh rasa yang sebegini pada pagi yang sejuk nih. Syukran jazilan ya Allah...kerana memberikan nikmat yang tak terhingga dan tak terhitung pada hamba-Mu yang seringkali alpa ni. Ana tak mo cakap panjang-panjang berkenaan hati ana pagi nih. Cukup hanya Allah swt yang tahu.

Hari ni bertarikh 29 Disember. Tinggal beberapa hari je lagi untuk melangkah ke tahun baru Gregorian 2010. Seperti mana yang antum tahu, kita telah pun memasuki tahun baru Hijrah beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah kerana masih ada kesempatan untuk memasuki tahun baru Hijrah 1431. Banyak perkara pahit manis yang telah berlaku pada ana sepanjang tahun ni. Dari yang membuatkan ana terseyum lebar sampailah ke ana menangis hiba. Semuanya ana rasa dalam tempoh yang agak panjang nih. Setahun...bukan sekejap. Kalau ana ni dah ada anak, anak ana tu dah leh mengekek-ngekek sampai nampak gigi dah kot. Hehehe. Tapi ana ni bujang trang tang tang lagi. So, tak dapat tengok bayi kecil yang membesar didepan mata. Bila nak tengok anak sendiri membesar depan mata...?? Huhu...belum tahu lagi bila. Tungguuuuu jela sampai Allah swt merestui.

Disepanjang perjalanan di tahun 1430 dan 2009 ni...ana juga seperti hamba Allah swt yang lain. Yakni ada melakukan salah silap pada-Nya. Ana dah cuba untuk buat yang terbaik untuk diri ana sendiri dan juga untuk-Nya. Tapi, ana tetap insan biasa yang buruk lagi hina. Ana tetap tak boleh lari dari buat salah silap sehingga memberikan impak yang berupa dosa. Jadi, kerana kesalahan dan kesilapan lalu, terimalah aku kembali ya Allah...ampunkanlah hamba-Mu yang lemah ni. Bermohon dengan sangat...bermohon pada-Mu. Azam ana pada tahun akan datang adalah sama dengan azam ana pada tahun sebelumnya yakni "nak tambahkan apa yang perlu ditambah dan nak kurang apa yang perlu dikurangkan...". InsyaAllah, semoga ana dibekalkan dengan kekuatan untuk menongkah arus dunia yang fana ni. InsyaAllah, amin.

So, pada tahun 2009 ni juga ana berkesempatan untuk merubah fikiran dari "tak nak" kepada "nak" create account for facebook. Pada mulanya ana tak nak create this one sebab tak nak apa jua spekulasi di friendster dulu berulang kembali. Tapi lastly ana ubah fikiran untuk create account facebook kerana nak cari balik sahabat-sahabat lama yang disconnecting masa skula dolu-dolu. And...alhamdulillah kerana ana dah jumpa balik sahabat-sahabat lama kat facebook tuh. Alhamdulillah sangat coz bukan senang nak keep in touch dan bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama. Tapi berkat kesabaran ana mencari dan terus mencari, akhirnya dapat jugak. So, for all my friends that i was found on facebook, thanks a lots coz was accepted my invitation and willing to connected with me. Thanks..!! Tak kurang juga pada yang mencari ana disitu. Thanks a lots juga ana ucapkan pada kalian.

Hmm...bila dah lama tak jumpa sahabat-sahabat lama, masing-masing mempamerkan wajah yang jauh berbeza kalau nak dibandingkan masa skula dolu. Tapi ada jugak yang still maintain comel. Dari dulu sampai sekarang ni sama je. Hehehe. Apa-apa pun, alhamdulillah kerana Allah swt memberikan kesempatan untuk ana memperkukuhkan ukhwah. Ukhwah lillahita'ala...semoga beroleh berkat dan redha dari-Nya. InsyaAllah.

So for now, i doesn't have a lots of ideas to write on this. I just wanna wish "Happy New Year~ Hijrah 1431 And Gregory 2010" to all my friends and also to all my followers. Jazakallahukhair kerana masih lagi mahu bersama-sama ana disini. Sebelum ana berhenti menaip, ada sesuatu yang ana nak sampaikan pada semua sahabat. Apa yang ana nak sampaikan adalah..."Ana amat menghargai kehadiran kalian didalam hidup ana. Amat-amat menghargai. Ana ikhlas bersahabat dengan kalian walaupun ada sesetengah antara kita tak pernah bersua muka atau tak pernah bercakap bergurau senda secara face to face. It's ok. InsyaAllah mudah-mudahan saja kita bisa berjumpa untuk lebih mengenali. Hanya Allah swt saja yang tahu tentang rahsia itu. Jika tak bertemu didunia, doa-doakanlah agar kita bisa bertemu diakhirat kelak sebagai saudara seagama yakni Islam". So, jika ana ada melakukan kesalahan or kesilapan yang tak ana sengajakan, ana asif jiddan...ucapan khas untuk kalian.

Untuk tahun-tahun yang bakal mendatang, diharapkan agar diri ini dan diri kalian dapat mengecapi azam masing-masing. Semoga bahagia dunia akhirat, semoga diberkati diredhai Ilahi, semoga berjaya bersama impian masing-masing. InsyaAllah, amin. I've nothing to say and for the last word, see you all next time and keep in touch...!! (~_^)

P/s : Sesungguhnya, perjalanan hidup ini masih terlalu jauh untuk sampai ke destinasi terakhir...

4 comments:

najah January 3, 2010 at 10:27 AM  

salam saygmu selalu sahabt!.moga2 dlimphkn rahmat, keberkatn, kemurahn rezeki, kbersihn hati dan dlm klapgn di sisi Allah..pglmn lalu djadikn ikhtibar, masa depn drancg dgn ikhlas..

Ana Muslimat January 7, 2010 at 11:08 AM  

Waalaikumsalam wbt shbt ksygnku, rozi.. insyaAllah, smg kata2 mu itu mjadi doa yg ikhlas dr hati. insyaAllah. =)

cyruscope January 13, 2010 at 10:37 AM  

salam ikin, lama tak dengar citer.. harap sentiasa sihat dilimpah rezeki Allah swt.. ada masa kite jumpe k~

Ana Muslimat January 13, 2010 at 12:19 PM  

Waalaikumsalam wbt, low. da lm sguh xdgr cite eh? da lupakn sy ke? hu2.. =(

Hmm.. insyaAllah, klu awk ad ms tuk kita jmp, kita jmp.. insyaAllah. =)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga