~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Keburukan : Kenapa Itu Sahaja Yang Kita Nampak..??

Salamunalaik wbt...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah kerana hari ini dapat juga ana luangkan masa untuk meneruskan hajat yang telah lama tersimpan dihati dan kotak fikiran bagi meluahkannya didalam bentuk tulisan. Apa yang ana nak sampaikan disini pada hari ini adalah mengenai keburukan-keburukan didalam diri yang mudah dilihat oleh kacamata orang lain sehingga tidak menampakkan kemolekan dan kecantikan ( kebaikan ).

Seperti mana yang kita semua tahu, kita harus bersangka baik dan melihat kebaikan dalam diri seseorang bagi meneruskan sesuatu perhubungan ( ukhwah ). We are not perfect. Yes...!! we are not. So, kenapa asyik mahu melihat keburukan itu sahaja? mari kita cuba fikirkan sejenak mengenai kebaikan seseorang. Dalam diri seseorang itu, pastinya akan ada sikap buruk dan sikap baik. Kadangkala, kita hanya kenal seseorang itu dengan kebaikannya sahaja sehingga tidak nampak segala keburukannya yang pandai disorokkan atas sebab-sebab yang tertentu. Dan, ada juga seseorang yang kita kenal itu terlalu banyak keburukan sehingga kita buta untuk nampak kebaikannya. Itulah sikap manusia. Terlalu cepat menilai keburukan dan kebaikan orang lain tanpa "memandangnya" dengan mata hati.

Ana, sebagai insan biasa yang pernah melakukan silap dan salah, kadang-kadang termasuk juga dalam golongan yang mudah menilai tanpa melihat dengan mata hati ini. Setakat melihat dari kacamata, itu tidak mencukupi. Kita harus akui bahawa semua orang ( hamba Allah swt ) kat dunia ni tak sempurna dan tetap akan melakukan silap dan salah sama ada kecil mahupun besar. Hanya Allah swt sahaja yang berhak menilai dan memberikan pembalasan ( baik atau buruk ), bukan kita.

Bila direnungkan balik, adakah orang lain sedar bahawa disebalik keburukan-keburukan yang ada dalam diri kita ini sebenarnya masih ada kebaikan? dan, adakah orang lain sedar bahawa disebalik kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, tetap terselit keburukan? sedar atau tidak? hanya hati yang seikhlas dan sejernih air dikali sahaja yang boleh menyatakan jawapan yang bersesuaian dengan persoalan yang ana lontarkan itu. Sebagai manusia biasa, jangan diharapkan kesempurnaan total sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Dalam diri setiap orang pasti ada sikap baik dan buruk. Bukan sesuatu yang mustahil untuk "mengenali serta menampakkan" kedua-dua sikap ni...dari dan dengan mata hati. Pendek kata, jadilah diri sendiri secara total dan tidak menunjukkan kepura-puraan dikhalayak. Jika kita ingin berkelakuan baik, teruskanlah. Semoga kebaikan yang kita tunjukkan ini menjadi sumber inspirasi untuk orang lain merubah sikap disamping berdakwah dengan cara halus. Semoga kita dikenali dengan kebaikan-kebaikan yang ada dalam diri kita kerana Allah swt semata-mata ( melakukan kebaikan serta bersikap baik kerana-Nya ). Namun, jangan sesekali bermegah diri dengan apa yang kita ada. Kerana pada hemat ana, apa jua yang kita ada ( kebaikan ) adalah datangnya dari taufiq serta hidayah-Nya juga. Jadi, lakukanlah kebaikan seadanya dan bukan kerana untuk tontonan sekalian manusia.

Itu mengenai kebaikan-kebaikan yang diharapkan dapat diterapkan. Namun jangan dilupa pula pada keburukan. Seperti mana yang ana ucapkan diatas, dalam kebaikan tetap ada keburukan dan dalam keburukan tetap ada kebaikan. Jadi, ana berharap pada diri ini, menasihatkan diri ini dan pada kalian...bahawa jangan kerana keburukan-keburukan yang ada didalam diri orang yang kita kenal itu membuatkan kita buta mata hati untuk nampak kebaikan yang ada dalam dirinya. Generally, yang buruk itulah yang akan tetap dipandang buruk sampai bila-bila. Kenapa ya? pelik juga ana bagi ada sesetengah yang berfikiran serta beranggapan seperti ini. Kenapa tidak yang buruk itu dipandang dengan sedikit ruang cahaya yang baik? sedangkan malam pun akan bertukar siang ( gelap kepada cerah )...inikan pula kita yang mempunyai hati dan akal yang mampu memikirkannya. Mungkin agak sukar untuk kalian memahami ayat-ayat puitis ana ni. Tak mengapa. Hanya ana sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. So, pendek kata, janganlah kita hanya melihat keburukan ( kegelapan sahaja ). Sebaliknya, cuba-cubalah juga untuk melihat kebaikan ( kecerahan ) dalam diri orang yang berada disamping dan disekeliling kita. Lihatlah baik-baik. Tak semua orang yang jahat itu jahat. Dan, tak semua orang yang baik itu baik. Pasti akan ada kekurangan...termasuk yang tengah menaip dikanvas elektronik ini.

Untuk itu, rumusan bagi epilog yang sempat ana coret ini adalah...cubalah membuat kebaikan sebanyak yang kita boleh tetapi janganlah kebaikan-kebaikan itu kerana manusia. Lakukanlah kebaikan kerana yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun sebagai manusia yang alpa lagi pelupa, kita tetap akan melakukan dosa, silap dan salah. Jadi, disebalik kebaikan, kita semua tetap akan ada keburukan yang terpamer. Keburukan ini adalah pemangkin untuk kita melakukan perubahan agar dapat menjadi yang lebih baik. Ana berharap agar diri ini serta kalian tidak akan menjadi insan yang buta mata hati untuk melihat kebaikan orang lain sehingga hanya nampak keburukan sahaja. Harus diingat, kita semua ni tak sempurna sampai bila-bila dan jangan hanya dengan sedikit keburukan membuatkan kita lupa segala kebaikan yang pernah dilakukannya. Sesungguhnya keburukan itulah yang akan membuatkan kita berfikir dan berubah ( merubah sikap ). Meh kita sama-sama muhabasabah agar dapat menjalani hidup sehari-hari dengan lebih neutral. Wallahua'lam bissowab.


P / s : Kadang-kadang agak sukar untuk menjadi baik kerana yang buruk itu jugalah yang akan dilihat, dikaitkan dan diperkatakan. Kenapa?...(~_~)

1 comments:

Unknown October 27, 2016 at 4:42 PM  

Admin. Thank buat saya sedar..

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga