~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Ana Dan Masa

Salamunalaik wbt, semua...

Alhamdulillah, terbuka jugak hati ana nih untuk melakar sesuatu kat weblog kesayangan ana dengan harapan dapat lepaskan rindu yang mencengkam pada weblog ni. Alhamdulillah juga ana ucapkan pada-Nya coz panjangkan umo ana dan sekaligus dapat meletakkan khabar pada kalian diluar sana. Yang sebetulnya, ana busy. I'm too busy with all the things that i wanna do in every single days that i'm "goes"...sampaikan nak buka blog pun da sossah sekarang nih. Haih~

So, dalam senggang yang agak lama nih...ana masih sama macam biasa. Kalau lain pun, pada fizikal ana jela kot. Makin kurus kering. Haha. Apa-apa pun, tak kisah la makin kurus ke makin gemuk ke...yang penting, sihat walafiat. Ye tak sahabat? Hmm...sekarang nih ana duk kat umah coz cuti. InsyaAllah esok da mula keje balik. So, seboleh-bolehnya ana nak luang sikit masa kat sini. Al-maklum la...da lama sepi. Da berabok da weblog nih. Sekarang ni baru nak ambik kain basah dan lap habok-habok yang melekat. Hehe. Hmm...ana terdiam sendiri kat depan laptop nih sambil berfikir. Apa yang nak dikongsikan bersama kalian? okla...ana share bab keje ye. Semoga kalian tak jemu dengan patah kata yang ana lontarkan sebagai idea untuk berbicara. Otak beku time cuti camni...

Ok...just straight to the point, sekarang nih ana da bertukar keje. Bukan lagi sebagai programmer. Dua-dua kerjaya yang memberikan ana duwet poket setiap bulan memang berbeza dari segi nama karier, cara kerja, pengurusan masa, etc. Terlalu banyak beza diantara kedua-duanya. So kat sini ana nak share tentang pengurusan masa je. Keje kat tempat baru, yang telah menempatkan ana hampir 7 bulan lamanya nih telah membuatkan menjadi seorang yang lebih menghargai masa kalau nak dibandingkan dengan sebelum nih. Masa untuk-Nya dan masa untuk diri sendiri. Dengan jadual yang tak tersusun seperti mana orang lain yang bekerja pada hari Isnin sampai Jumaat dan Sabtu serta Ahad cuti...ana memang bersabar. Kena bersabar dan rela melepaskan cuti Sabtu Ahad. Kalau tak, orang buang. Haha. Just joking. Ok, itu bab jadual. Memang tak kisah da kalau tak dapat cuti as per normal seperti mana yang lain-lainnya coz da terbiasa cuti pada working days contoh hari nih ( Isnin, 2/8/2010 ). Sekarang ana nak sentuh bab 24 jam, yakni masa yang Allah berikan kepada kita sejak dulu sampai sekarang nih. Tak pernah jadi 25 jam dan tak pernah jugak jadi 23 jam. Sejak dulu, 24 jam aje. 24 jam nih Allah bagi untuk mengingati-Nya disamping membuat perkara lain. So, nak pendekkan cite...sekarang nih ana lebih menghargai waktu.


Kat tempat keje baru nih semuanya rushing. Kena rushing coz kalau lambat-lambat dan terhegeh-hegeh, maka memang "kena" la. Masa yang berlalu tu amat berharga. Waktu solat khususnya cuba dijaga sebaik mungkin. Kadang-kala terlewat seminit dua, tapi sedaya upaya menjaga. Bila waktu keje, banyak masa dihabiskan kat ofis. Memang adat la kan. So, time tu memang waktu solat zohor, asar dan maghrib perlu dilakukan kat ofis. Sebagai hamba-Nya yang seringkali lalai lupa, ana doakan agar Dia sentiasa mengingatkan ana untuk mengadap-Nya eventhough sibuk mengejar keje...keje dan urusan dunia. Semoga sahabat-sahabat juga tak melepaskan ingatan pada-Nya untuk laksanakan tanggungjawab walaupun keje bertimbun kat atas meja tuh. 24 jam yang Allah bagi, cukup untuk melakukan kelima-lima solat dan melakukan keje-keje lain. Campur tolak, 24 jam tuh leh buat macam-macam. So, kenapa masih ada orang yang bekerja tapi tak nak patuh untuk melaksanakan tanggungjawabnya? cuma 5 kali sehari...ana rasa ia sikit dan masih tak beri kesan terhadap perjalanan perniagaan or keje yang dilakukan. Allah itu maha Mengetahui dan Dia tahu kenapa Dia cuma wajibkan hanya 5 waktu dalam tempoh 24 jam.


"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya..." ~ surah Toha, ayat 82

Sejak keje kat tempat baru jugak, ana selalu tengok kat jam. Clock is very important for me. As usual, tengok jam sambil cakap sendiri..."bila la boleh balik nih...?" hehe. Itu salah satu daripadanya. Tapi, yang lebih penting, tengok jam...agak-agak bila masuk waktu solat dan bila boleh gi surau. Rancang masa eventhough tak boleh nak kawal masa agar ia tak bergerak. Seboleh-boleh nak gak tepat-tepat. Tapi seperti mana yang ana cakapkan sebelum nih, terkadang ada jugak terlewat. Semoga Allah swt ampunkan ana atas kelewatan. Huhu...sedihnya rasa atas kekhilafan sendiri.

Kalau dulu, berjalan lambat macam kura-kura. Sekarang nih, berjalan laju macam kena kejar hantu. Hehe. Da tak boleh nak berjalan ayu-ayu dah. Memang rushing sangat dan pantang kalau ada orang lembab berjalan dengan ana. Memang kena tinggal la jawabnya. Kalau dulu suka pakai high heels macam mak datin, sekarang nih lebih suka pakai kasut crocs macam nak gi bersukan...sebab leh berjalan laju. Haha. Try bayangkan pakai baju kurung dipadankan dengan kasut crocs. Memang lucu. Apa-apa pun, ana selesa berjalan laju sebab tak nak terlewat dan menyenangkan kaki nih nak lari-lari anak masa nak gi solat kat surau. Maklum jela...masa yang diperuntukkan untuk solat tak lama...dan kat sini la ana diuji-Nya. Sama ada nak lakukan solat or nak tinggalkan solat. Pilihan dibuka, tapi takkan sesekali tinggalkan coz...

Rasulullah saw ada bersabda... "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan agamanya..."

And so...ana rasa setakat ni jela ana berceloteh ye. Da tak larat mengadap laptop lelama. Tapi apa yang ana nak tekankan kat sini adalah mengenai masa dan solat. Ana berharap apa yang ana shared kali nih membuatkan kita sama-sama berfikir macam mana nak jadi hamba Allah yang tepati masa ( sama ada tepati waktu solat or tepati temu janji sesama manusia ), macam mana nak menghargai waktu yang datang pergi, macam mana nak seimbangkan keje-keje duniawi dan ukhrawi, macam mana nak cepatkan pergerakan dan macam mana nak kekalkan solat 5 waktu dalam list "diary" harian agar tak terlepas dari melakukan semuanya or tinggalkan kesemuanya. Cuma kita...diri kita yang boleh rancang masa untuk-Nya dan untuk diri sendiri. Takde orang lain yang boleh take over "perjalanan waktu" dalam hidup sendiri. So, pilihan terbuka seluas-luasnya dan kita nak pilih yang mana satu? nak jadi orang yang tepati masa or sebaliknya...terserah.(@_@)


P/s : Even ana ni da jinak berjalan laju, tapi masih ada yang berjalan lebih laju dari ana. Siapakah dia? hmm.. m.. l.. h.. b.. h.. m.. t.. kot.. (^_^)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga