~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Mahmudah...

Salamunalaik wbt, ar-rijal wa an-nisa'...

Semoga sahabat sentiasa ceria didalam Syawal yang mulia. Semoga kalian mendapat berkat dari Allah, insyaAllah.

Ana ingin bertanya kepada kalian, adakah perkara baik atau pelajaran yang baik yang telah kalian lakukan serta kutip didalam bulan Ramadhan yang lepas membawa impak yang besar kedalam kehidupan kalian kini sehari-hari? kalau Ramadhan yang berlalu itu telah memberikan impak yang besar ( hijrah ) dalam kehidupan seharian kalian, alangkah beruntungnya kalian. Justeru itu, ucapkanlah "Alhamdulillah" kepada Allah swt yang memberi rahmat, nikmat dan hidayah-Nya kepada kalian. Ana tumpang bahagia, gembira dan berbangga sekiranya ada perubahan yang menjurus kepada kebaikan yang kalian lakukan setelah bertungkus-lumus berpuasa, mencari redha-Nya. Bukan senang mahu mengekalkan segala kebaikan-kebaikan agar ianya terus berpanjangan, kekal sehingga ke liang lahad. Maka, sesiapa yang boleh melaksanakan kebaikan tanpa disuruh, alangkah beruntungnya...

Contoh yang paling rapat lagi dekat adalah ( kebaikan )...sabar. Dibulan Ramadhan, rata-rata kita lihat ada sesetengah hamba Allah swt yang boleh bersabar. Maklum saja, kalau tak sabar kuranglah pahala dari Allah swt. Ana tahu, tentu saja kalian juga tahu tentang ini bukan? hmm...didalam bulan yang mulia tersebut ramai diantara kita yang boleh menahan marah, menahan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia, melengkapkan solat fardhu dan melaksanakan solat sunat serta bermacam perkara baik lagi yang dilakukan. Sungguh bagus jika kita semua mengambil serta mengutip iktibar dari bulan Ramadhan itu untuk menjadikan ia sebagai penyeri diri bagi terus mencari redha dan keampunan dari Ilahi. Seperti mana ana ambil contoh "sabar", sabar itu sendiri punyai kebaikan yang teramat banyak jika diperhalusi kesannya kepada diri. Ana amat tekankan ianya disini kerana ana sendiri mahu melihat diri ana ini menjadi hamba Allah yang mempunyai hati yang penuh sabar apabila diuji dalam pelbagai situasi. Ana mahu singkap sedikit kisah diri ana ketika dibulan puasa yang lepas. Alhamdulillah ana menjadi seorang yang boleh menahan diri dengan sifat sabar walaupun ana tahu dugaan yang datang sebagai seorang muslimah yang keseorangan disini agak berat untuk dirangkul. Tapi, itulah rahmat namanya. Ana berjaya menahan marah, menahan diri dari melakukan perkara yang tak patut ana lakukan lazimnya dibulan Ramadhan untuk tidak mahu pahala puasa dikurangkan. Namun begitu, ana tidak mahu ianya hanya menjadi kelaziman dibulan tersebut sahaja. Tetapi, ana nak ianya kekal...kekal meresap kedalam diri ana ini kerana sifat tersebut sesuatu yang terlalu baik untuk ditonjolkan sebagai seorang Muslim.

Ana sendiri selalu berpesan kepada diri ini...agar meneruskan apa yang dilakukan didalam bulan Ramadhan itu ke bulan-bulan yang lain. Biarlah berpanjangan, bukan separuh jalan. Ana akui, selepas berakhirnya bulan Ramadhan, ana agak tersasar dari matlamat yang ana cuba pegang ketika dibulan puasa yang lepas. Ana akui jua bahawa ana terlalu kecewa dengan diri ana sendiri. Terlalu kecewa kerana ana gagal terhadap matlamat yang ana letakkan ketika dibulan puasa. Ana "bad tempered"...!! ya Allah, mengapakah hamba-Mu ini gagal...segagal-gagalnya...?? ana tersedu jika persoalan itu ana ajukan pada diri ana. Buat masa ini, ana cuba bertenang dan mengawal semula perbuatan yang telah ana lakukan dek kerana hilang pertimbangan. Adakah pembelajaran dibulan Ramadhan yang lepas itu tidak mencukupi? adakah ana betul-betul sengkek dengan talaqqi bagi menenangkan diri dengan hukum hakam? ana tak punya jawapan yang benar-benar pasti. Astaghfirullah...ana mohon ampun atas segala apa jua yang telah berlaku dibulan Syawal ini.

Ana begini, dan ana tak mahu kalian menjadi seperti ana. Ana sedaya upaya untuk mencari paksi kedamaian dan ketenangan agar ana dapat kembali semula menjadi "Ikin Rozali" yang betul-betul baik, berbudi serta beriman. Bukan mudah untuk menjadi milik Allah swt, milik kedua orang tua, milik suami yang punya sifat sabar. Sesekali terjatuh dan terhantuk, pasti sedar bahawa tiada yang baik dari sikap buruk yang dipakai melainkan sikap baik yang pastinya akan menjadikan diri sebagai "role model" bagi hamba Allah swt yang lain dalam proses penghijrahan kearah kebaikan. Namun, ia tak semudah yang diucapkan. Ana disini bersungguh-sungguh untuk melupakan kisah pahit itu. Kisah yang membuatkan ana kecewa teramat sangat. Sesungguhnya Ramadhan memang memberi seinfiniti rahmat dalam hidup ana secara peribadi. Semoga apa yang tak semenggah itu cepat-cepat berlalu agar ana dapat gantikan dengan sesuatu yang baru. Sempena dengan Syawal yang mulia ini, ana tak mahu baju serba baru jika diri ana sendiri tak diperbaharui dengan "behaviour" yang baru ( sikap-sikap mahmudah ). Jika ana pakai baju baru sekalipun, ianya benar-benar tidak memberikan ana kepuasan perasaan sepertimana dibulan puasa. Subhanallah, ana mahu mulakan puasa yang membolehkan ana "berpuasa seperti setahun" ( fadhilat puasa 6 didalam bulan Syawal ) bersama yang tersayang...agar ana dapat meraih "simpati" daripada kebaikan yang lepas, supaya dapat ana kekalkan ia. Ana begitu terdesak mahukan redha-Nya ( Allah swt ), redha darinya ( insan tersayang ). Semoga apa jua usaha ana kearah itu dipermudahkan Allah swt. TaqabAllah minna wa minkum ya Karim, amin ya Rabbal A'lamin. Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah. (~_~)




P/s : Belajarlah daripada kebaikan dibulan Ramadhan dan belajarlah daripada kesilapan. Allah swt itu Maha Pengampun. Jangan sia-siakan masa untuk minta keampunan-Nya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga