~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Bingkisan Dan Nasihat Dari Hati

Salamunalaik wbt sahabat sekalian. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini. Seboleh-bolehnya kini, ana cuba luangkan masa khas untuk blog ana yg telah "dilahirkan" pada tahun 2008 nih. Dah bertahun-tahun dan masih kekal hingga kini, alhamdulillah. Ana tak pernah rasa pun nak delete account blog ni. Tiada sebab pun nak delete. Ana sayangkan blog ni walaupun rupanya tak lawa macam blog-blog orang lain. Simple sangat-sangat dimata ana. Dan oleh kerana ana amat sayangkan blog ana nih, dari semalam ana cuba untuk membuat perubahan ke atas blog ni baik dari segi template, susunan warna mahupun pengisian. Namun Allah swt menguji ana. Ana diuji...huhu. Ana lupa banyak perkara mengenai blog ni dan bila ana memuji dan teringatkan-Nya, barulah ada jalannya. Ana leka. Alhamdulillah. Tapi, masih belum cukup "maju" untuk ana ubah keseluruhannya. Tak mengapalah, insyaAllah...mungkin dilain masa, ada kesempatan, ana akan cuba lagi untuk ubah apa yg patut. Jadi, pada hari yg cerah dan cantik nih ana nak selitkan bingkisan yg ana coretkan di Facebook ana beberapa hari yg lepas sebagai renungan buat diri ana sendiri dan buat kawan-kawan. Mohla kita sama-sama fikirkan ye. Jangan nak fikirkan tentang menu "ayam atau daging" saja. Hehe...

=========================================================================================================
Aku nak pakai baju sendat & seluar ketat! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai baju nampak pusat & seluar pendek! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai seksi! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai tudung! - boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai stoking! boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak tutup aurat aku nih! boleh je kalau tak nak tutup pun.. siapa kata tak boleh?
Pendek kata, semua boleh. Orang gila je yg kata tak boleh. TAPI.. semua itu dibolehkan apabila kamu berada didalam rumah disamping mahram kamu saja. Selain drpnya TAK BOLEH! ingatlah wahai wanita yg beriman, relakanlah dirimu di"bungkus" & ditutup rapi drp dilihat oleh orang yg tak berhak ke atasmu. Kalau semua yg ada pada kamu itu dah kamu pertontonkan pada umum, apa yg ada untuk dirimu & untuk suamimu nanti? sama-samalah kita fikirkan ye. Selamat menjaga & menutup aurat! moga-moga beroleh keberkatan, keredhaan & pahala drp Allah swt. InsyaAllah!
==========================================================================================

Haaaaaa...itulah serba sedikit bingkisan dari hati ana ni. Sebenarnya ana post kata-kata tu kat Facebook ana. Tapi terlintas pula untuk copy - paste ke blog nih. Apa-apa pun, sama-sama kita selami apa yg kurang dalam hidup seharian kita ni dan cubalah ubah apa yg patut. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri juga. Siapa yg untung? ambil sempoa dan mula kira ye...(~_^)

2 comments:

Norhidayah Idros July 19, 2012 at 7:39 PM  

assalam..ana mhon copy ye tntg pkara yg x boleh 2..syukran..

Dewi Aja August 27, 2017 at 8:21 PM  

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga