Salamunalaik wbt sahabat sekalian. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini. Seboleh-bolehnya kini, ana cuba luangkan masa khas untuk blog ana yg telah "dilahirkan" pada tahun 2008 nih. Dah bertahun-tahun dan masih kekal hingga kini, alhamdulillah. Ana tak pernah rasa pun nak delete account blog ni. Tiada sebab pun nak delete. Ana sayangkan blog ni walaupun rupanya tak lawa macam blog-blog orang lain. Simple sangat-sangat dimata ana. Dan oleh kerana ana amat sayangkan blog ana nih, dari semalam ana cuba untuk membuat perubahan ke atas blog ni baik dari segi template, susunan warna mahupun pengisian. Namun Allah swt menguji ana. Ana diuji...huhu. Ana lupa banyak perkara mengenai blog ni dan bila ana memuji dan teringatkan-Nya, barulah ada jalannya. Ana leka. Alhamdulillah. Tapi, masih belum cukup "maju" untuk ana ubah keseluruhannya. Tak mengapalah, insyaAllah...mungkin dilain masa, ada kesempatan, ana akan cuba lagi untuk ubah apa yg patut. Jadi, pada hari yg cerah dan cantik nih ana nak selitkan bingkisan yg ana coretkan di Facebook ana beberapa hari yg lepas sebagai renungan buat diri ana sendiri dan buat kawan-kawan. Mohla kita sama-sama fikirkan ye. Jangan nak fikirkan tentang menu "ayam atau daging" saja. Hehe...
Aku nak pakai baju nampak pusat & seluar pendek! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai seksi! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai tudung! - boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai stoking! boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak tutup aurat aku nih! boleh je kalau tak nak tutup pun.. siapa kata tak boleh?
Pendek kata, semua boleh. Orang gila je yg kata tak boleh. TAPI.. semua itu dibolehkan apabila kamu berada didalam rumah disamping mahram kamu saja. Selain drpnya TAK BOLEH! ingatlah wahai wanita yg beriman, relakanlah dirimu di"bungkus" & ditutup rapi drp dilihat oleh orang yg tak berhak ke atasmu. Kalau semua yg ada pada kamu itu dah kamu pertontonkan pada umum, apa yg ada untuk dirimu & untuk suamimu nanti? sama-samalah kita fikirkan ye. Selamat menjaga & menutup aurat! moga-moga beroleh keberkatan, keredhaan & pahala drp Allah swt. InsyaAllah!
==========================================================================================
Haaaaaa...itulah serba sedikit bingkisan dari hati ana ni. Sebenarnya ana post kata-kata tu kat Facebook ana. Tapi terlintas pula untuk copy - paste ke blog nih. Apa-apa pun, sama-sama kita selami apa yg kurang dalam hidup seharian kita ni dan cubalah ubah apa yg patut. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri juga. Siapa yg untung? ambil sempoa dan mula kira ye...(~_^)
2 comments:
assalam..ana mhon copy ye tntg pkara yg x boleh 2..syukran..
Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment