Salamunalaik wbt, selamat hari Jumaat dan selamat petang ana ucapkan pada semua yg mungkin masa ini tengah meluangkan masa kat depan komputer atau laptop...untuk update weblog, status kat Facebook, ber-YM, ber-Skype atau apa saja. Maklum sajalah, kalau dah mengadap benda alah yg tak bernyawa ni, apa saja boleh dibuat. Apa-apa pun ana berharap agar apa yg kalian nak buat tuh berfaedah ye. Rugi pula kalau-kalau masa yg ada sedikit cuma ni kita gunakan untuk perkara-perkara yg tak berfaedah. Haaaaa...gitu, dah jadi macam mak Enon dah ana nih.
Ana dah terasa seolah-olah kaku nak mencurahkan apa jua yg bermain kat minda ana ni. Idea banyak, tapi kelu nak ekspresikan dalam tulisan yg terindah agar dapat difahami semua rakan taulan diluar sana. Walau apapun, ana cuba...cuba untuk sampaikan apa yg telah tersemat dalam fikiran ana sekian lamanya. Hmmm...itulah natijahnya kalau dah lama tak menjengah weblog ni. Sekarang nih ana housewife sepenuh masa. Sebab itulah banyak masa yg terluang. Sebelum nih ana asyik kerja kerja dan terus bekerja sampai seolah-olah terlupa untuk meneruskan apa yg ana sering lakukan sedari dulu yakni cuba untuk berdakwah dialam virtual. Haaaaa...gitulah kalau banyak masa diluar rumah. Waktu itu, apa yg ana mampu lakukan hanyalah...berpesan-pesan dan nasihatkan kawan-kawan dalam santai, dalam suka-suka dan gelak tawa agar mereka yg berkenaan tak terasa. Walaubagaimanapun, ana harapkan agar apa yg cuba ana nasihatkan itu akan sampai ke hati-hati mereka...walau tak sepenuhnya. Ana sendiri pun ada silap dan salah. Kalau nak dihitung-hitung, mungkin tak terkira dan lebih banyak daripada pasir di pantai. Astaghfirullah...banyaknya dosa yg telah ana lakukan. Moga-moga nawaitu murni ana ni dapat menghapuskan dosa-dosa yg telah ana lakukan. Ana tak mampu nak jadi seperti Khadijah r.a, Aisyah r.a mahupun Fatimah Az-Zahra r.a. Apa yg ana mampu hanyalah jadi diri ana sendiri dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Moga-moga juga dengan usaha yg sedikit ini akan dapat membantu ana dalam merubah dan membentuk diri sendiri bagi menuju ke jalan yg benar. Lagipun, dakwah boleh "berjalan" dalam pelbagai medium. Jadi, salah satu medium yg cuba ana explore kini adalah weblog.
Pada waktu sekarang, ana nak panaskan enjin. InsyaAllah, bila enjin dah panas, ana akan kongsikan dengan kalian dan kita gerak sama-sama ye. Hehe. Semoga Allah swt mengizinkan. Amin ya Rabb. =)
2 comments:
Anti mampu mencontohi mereka (Siti Khadijah dan Aisyah radialLahu anhuma)
InsyaAllah. tp sbg wnta biasa, ana cma mpu jdkn mrka smua sbg role model yg tbaik dlm khdpn sharian. ap2 pn, syukran jazilan ats comment tsbt. =)
Post a Comment