~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Sentuhanmu...abah...


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu

Mengheret aku mentafsir memori silammu

Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu

Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu

Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu

Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu

Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Ayah...

Tak pernah ku tanya

Kemana tumpahnya keringatmu

Ayah...

Tak pernah ku hitung berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku

Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa

Aku mengharap bukan menolak

Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan

Sempadan waktu yang memisahkan

Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa

Sentuhanmu amat bermakna...


P/s : Buat ana smakin rindukn abah ana kt umah tuh...hu2. sedihnya bla xdpt balik jumpa ma abah. sahabat2 skalian, hargailah ayah, abah, bapa, papa n daddy kalian...smentara insan yg bgelar ayah msh ada. jg la hati sorg ayah. jgn la bsikap acuh tak acuh dg nasihat ayah. ssungguhnya, tanpa insan yg bgelar ayah...maka, tiada la kita kt dunia nie. ana sayang abah...!! (^_^)

6 comments:

~Pengembara Sepi~ February 21, 2009 at 6:19 PM  

Salam Ziarah kembali..kebetulan pula..saudari buat untuk ayah..saya buat untuk ibu..apepn..hargai pengorbanan mereka..apa yang menjadi bekalan akhirat mereka nanti adalah Doa dari anak-anak yang soleh dan solehah-pengembara sepi

Ana Muslimat February 21, 2009 at 8:26 PM  

Btl kta anta tue. bekalan akhirat buat kdua org tua kita adalah doa2 drp anak2 yg soleh n solehah. smga kita tmsuk dlm golongan hamba Allah swt yg stiasa mhargai n mdoakn kdua org tua yg telah mlahirkn n mbesarkn kita. insyaAllah.=)

~Pengembara Sepi~ February 22, 2009 at 4:02 PM  

tetibe plak rindu pada kedua dua org tua ku

Ana Muslimat February 22, 2009 at 6:36 PM  

Akhi ejal, smua yg bgelar perantau mcm kita nie akn merasai kerinduan tue. ana pn mcm tue jgk. rindu sgt3 pd kdua org tua ana kt kelate tuh. sma2 la kita mdoakn keampunan buat mreka pd Allah swt ye.=)

memymu February 22, 2009 at 8:26 PM  

huhu...trus rase nak balik nak jmpe abah....4 mom x dek???

Ana Muslimat February 23, 2009 at 5:15 PM  

For mom?? insyaAllah...coming soon...=)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga