~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Beribadat Tanda Syukur Kepada Allah swt


Ketika Rasulullah saw mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa. Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah :

“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?” Rasulullah dengan tegas menjawab : “Saya diciptakan bukan untuk itu.”

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah. Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid. Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi. Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada saja.

Dalam artikel kali ini, ana hendak mengajak adik remaja memahami kenapa dan alasan kenapa kita mesti beribadat. Disana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya.
=> Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud : “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.” Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak.
=> Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh.
=> Firman Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya : “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan).
=> Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita. Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud : “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa.
=> Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat.
=> Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan. Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya : “Sesungguhnya aku amat takut kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”


P/s : Artikel yg ana post nie tidak lain n tidak bkn adalah utk mgajak para belia (remaja), ikhwan wa akhawat supaya menyegerakn perintah Allah swt n tinggalkn pkra yg lagho (sia2). bersegeralah mengejar pahala utk kredit ke akhirat sana. bersembahyanglah...krn sesungguhnya sembahyang yakni solat itu adalah mengelak perbuatan2 keji n mungkar. renung2kn la. wallahua'lam bissowab...

2 comments:

nadhirah February 22, 2009 at 6:46 PM  

teringat kata-kata mak saya,"owg y tnggl solat nih..xigt mati..."..

Ana Muslimat February 22, 2009 at 6:52 PM  

Betul tue nadhirah. betul apa yg mak anti ckpkn tue. so, sma2 la kita igt akn "MATI". bla2 je Allah swt blh matikn kita. so, bsedia dg cara bsolat n beramal soleh. jgn lpa khatamkn al-Quran klu belum k. klu da, smbung lg bcaan tue agar anti dpt fahami stp bait kata Kalamullah tue (walaupun xsmua anti blh faham). insyaAllah.=)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga