~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Siapa Takbur, Dia Keji...

MANSUR bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah. Antaranya ialah :

* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.
* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.
* Sesiapa yang redha rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.
* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).
* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
* Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
* Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.
* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.
* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
* Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
* Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.


P/s : Maka...jauhi la n jgn la menanam sikap takbur dlm diri. jgn aibkn hamba Allah swt yg lain. jika tidak, aib diri sendiri yg akan terbuka dipandangan mata tanpa rela. fikir2kn...

4 comments:

~Pengembara Sepi~ February 23, 2009 at 7:27 PM  
This comment has been removed by the author.
~Pengembara Sepi~ February 23, 2009 at 7:29 PM  

anan tertarik bila membaca topic bertajuk adakah anda serasi dengan pasangan anda...senyum ana membacanya

Ana Muslimat February 23, 2009 at 8:35 PM  

Waalaikummusalam wbt, akhi _ _ _ _...he3. alhamdulillah n syukran. ikin...sinar mawaddah...ratu syahadah...ketiga2 nama tue adalah ana...shbt anta. ana nie mberikn peringatan tulus buat anta n shbt2 ana yg lain...tmasuk dri ana jg. mklum jela...nasia (pelupa). so, sbg daie, kita wjb mngingatkn. emm...ana tg syum la ni even anta xnmpk. kih3. anyway, psl topic yg 1 tue, it's juz for relax our mind. Allah swt da tetapkn sgla2nya. wallahua'lam bissowab...=)

~Pengembara Sepi~ February 23, 2009 at 10:00 PM  
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga