~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut : "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


1 : HAK KEPADA DIRI
Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu : Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9 : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10 : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

1 comments:

~Pengembara Sepi~ February 23, 2009 at 10:32 PM  

Alhamdulillah...Sebagai ummat akhir zaman ..kita masih sempat untuk berubah

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga