~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa...??


Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan "sakaratul maut". Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah". Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izin-Nya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah". Semasa sakaratul maut menghampiri kami...amin...amin...amin yarobbala'lamin".

************************************************************************************
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ana ini. Subhanallah...ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui "Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah."

************************************************************************************
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-Nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan kegungan Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia.

Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis...), akan bergegar satu dunia dengan laungan azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!


P/s : Selepas ikhwan wa akhawat sekalian membaca artikel nie, berubah la...hormati la azan yang berkumandang. peringatan nie khas untuk ana juga...(~_~)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga