Apa khabar sahabat-sahabat yang ana sayangi dan kasihi hari nie?? khabar baik tak?? ana doakan agar kalian sentiasa dikurniakan dengan kesihatan dan khabar yang baik setiap hari. insyaAllah. so, ana nak go straight to the point...hm...hari nie ana buka emel and spent time la sikit untuk baca something yang boleh diambil sebagai iktibar. so, dikesempatan yang ada nih, ana nak share something with you all kat luar sana tuh. so, start la baca apa yang ana kongsikan bersama kalian dengan sabau eh...
Kisah 1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan namasebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah swt.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu bapa mertuanya setiap bulan.
3. Disamping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut dicontohi :
1. Solat Dhuha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah.
4 comments:
Salam ziarah, apa khbr? lama dia tak singgah blog azrie
Waalaikumsalam wbt.. az. alhamdulillah cz kbr bek je. az ap kbr? jgn trsa ht klu da lm xmenjengah ke weblog az. bkn xsudi ke sn k.. =)
:-)
hebat sekali..
E'em.. =)
Post a Comment