Salamunalaik wbt sahabat-sahabat yang masih sudi untuk mengikuti weblog ana nih. alhamdulillah coz sekarang nie kita telah pun menjengah hari yang ke 16 didalam bulan Syawal. alhamdulillah. seperti lazimnya, time beraya macam nih ramai dikalangan kita yang bermurah hati untuk menjemput ke rumah-rumah terbuka. kalau tak de open house, macam tak meriah. tapi itu persepsi bagi sesetengah orang. bagi ana lak, eventhough tak buat open house pun tak mengapa sekiranya budget tak mencukupi. kalau budget cukup, tak mengapa...asalkan open house yang dibuat tuh adalah bersandarkan pada nawaitu yang baik yakni membuat open house untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sahabat-sahabat, jiran-jiran, kaum keluarga, etc. dalam erat kita bermaafan. nawaitu yang baik dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan akan mendapat ganjaran disisi Allah swt...walaupun dengan hanya mengajak saudara muslimin dan muslimat untuk menjamah makanan. ajakan yakni jemputan bagi majlis makan-makan itu pun adalah dikira sedekah. insyaAllah...orang-orang yang bersedekah akan mendapat pahala yang besar disisi Allah swt.
Hmm...macam bermuzakarah lak ana nie eh. ana da lama tak "menulis". macam nie la gayanya. so actually, ana bukan nak memanjang-manjangkan cerita. sekadar untuk mengingatkan diri sendiri disamping menasihati para sahabat sama ada yang jauh or yang dekat. makan tue makan jugak. jangan sampai terlupa nak bermaaf-maafan udah ler. jangan lupa nak berterima kasih pada tuan rumah yang menjemput dan jangan sesekali menyakitkan hati tuan rumah dengan "mengomen" makanan yang disediakan. walaupun rasa makanan yang disediakan kurang sedap, banyakkan bersabar dengan menerima rezeki yang Allah swt berikan tuh dengan ucapan "alhamdulillah...".
Anyway, da terlajak bercerita tentang open house nih...hari Khamis lepas ana dan sahabat yang lain (di YPN dulu) dijemput untuk pergi ke open house kak Ella. rajin sungguh kak Ella memasak. alhamdulillah...memang sodap masakan kak Ella hari tuh. terasa nak makan lagi laksa penang tue. he3. dikesempatan nih, ana ada include sekali pictures yang sempat ana shoot masa majlis "ngap-ngap" kat rumah kak Ella.
Bersama kak Nana... =)
Just tambah sorang je lagi...kak Ella... =D
P/s : Terima kasih banyak-banyak pada kak Ella yang menjemput ana and sahabat yang lain. sesungguhnya ukhwah lillahita'ala yang terbina diantara kita akan berterusan selagi hayat dikandung badan. insyaAllah...(^_^)
4 comments:
huhu... wei gaji kaw2, duit raya aku ada x?? hehhe
Hu2.. nk bg duwet raya camne?? duwet gaji pn blm masuk lg. wa3.. =P
waaa buat open house tak bgtao, huhu~
Bukanlaaaaaaaa.. xbuat pn open house. dpt jemputan org len ada la. hu2. low lak bla nk buat open house? jgn lpa org kt cni ek.. =P
Post a Comment