~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Mencarut, Adakah Perlu...??

Salamunalaik wbt...

Alhamdulillah ana ucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi-Nya kesempatan untuk ana berada kat muka bumi nih. alhamdulillah. dipagi yg mulia nie sama-samalah kita berdoa agar dikurniakan keberkatan dan kesihatan yg baik sepanjang hari. insyaAllah. semoga Allah swt yg kita kasihi dan cintai mengabulkan doa kita. amin ya rabbal alamin.

Hari nie ana "menulis" kerana ada something yg ana nak persoalkan lebih-lebih lagi kepada si mulut laser yg tak tahu nak menilai perkataan baik dan buruk untuk disebut. kenapa si mulut laser susah nak sebut perkataan yg baik-baik untuk menzahirkan sesuatu perkara?? pelik ana memikirkan tentang yg satu nih. so, apa yg terjadi semalam membuatkan ana mahu share sesuatu bersama kawan-kawan yg lain.

Anyway, apa yg berlaku semalam tak perlulah ana ulang kat weblog nih. cukup sekadar ana kupas isu yg berbunyi "Mencarut, adakah perlu??". actually ana mempersoalkan mengenai carutan nie sebab telinga ana tak tahan bila dengar some words yg berunsurkan mencarut. ana rasa semua orang tahu apa yg dimaksudkan dengan "mencarut" kan?? ianya jenis perkataan yg macam mana, etc etc. secara logiknya, semua orang tahu apakah ia. mencarut - pada ana, satu perkataan yg buruk jika dizahirkan dengan kata-kata dan tak sepatutnya diucapkan kepada orang lain sama ada untuk bergurau, marah dan sebagainya. tak berfaedah langsung melainkan menyakitkan hati orang lain yg mendengar carutan tuh. it's not a good behavior.

Ana lihat, tak kira tua muda, lelaki perempuan...suka sangat mencarut. kenapa ye?? ana nak tahu sangat-sangat kenapa la si mulut laser tak boleh nak gantikan perkataan tuh dengan perkataan yg baik-baik sekalipun dalam keadaan marah?? masyaAllah...ana sungguh tak faham. ana tak nak membebel panjang sebab masa pun tak berapa cukup untuk mengadap benda alah nih. tapi apa yg ana nak pesan kepada kawan-kawan hari nie adalah - hentikanlah tabiat suka mencarut. yes, stop it...!! sebagai umat Islam, kita sepatutnya menyebut perkataan yg baik-baik apabila nak bersuara. walaupun dalam keadaan emosional, kita tak sepatutnya mencarut sehingga menampakkan kejahilan diri dalam beragama. agama Islam adalah agama yg sangat-sangat suci dan murni. so, kenapa nak kotorkan agama yg suci dan murni nih dengan tingkah laku kita yg suka mencarut tuh?? kenapa?? lebih teruk lagi jika si pencarut tue merupakan seorang muslimat. dipandangan mata ana, muslimat yg suka mencarut adalah seorang muslimat yg kurang berakal tatkala berbicara. suka-suka hati mencarutkan orang lain tanpa memikirkan kesan yg berupa sakit hati kepada orang yg memperdengarkan perkataan "slumber-nya" tuh. bagi ana, tak guna jika berwajah cantik bak bidadari jika mempunyai mulut yg suka mencarut. orang yg suka mencarut tak akan menampakkan kemolekan akhlak sekalipun yg bercakap itu adalah seorang ahli ibadat.

Terus-terang ana ungkapkan bahawa ana benci orang yg menjadikan carutan sebagai "zikir" harian mereka. yup, benci...!! ana bukan bencikan empunya diri. sebaliknya ana bencikan sikapnya. bukan setakat ana, ana yakin ramai lagi kat luar sana yg tak suka jika berdepan dengan orang yg suka sangat mencarut. siapa yg suka kalau mulut cantik yg dikurniakan Allah swt itu berbuih mencarutkan orang lain?? takkan ada yg suka melainkan dirinya sendiri...

So, i think better mulut yg mungil lagi cumil tuh bercakap perkara-perkara yg baik, bersedekah (senyum), berzikir, membaca al-Quran...or tak payah bercakap langsung...!! Allah swt kurniakan kita mulut untuk kebaikan, bukan keburukan. susah sangat ke nak bergurau dan bercakap dengan baik-baik?? ana rasa tak susah mana pun kalau jadikan bentuk percakapan yg baik sebagai tabiat. ana sendiri tak suka mencarut. ana akan tegur adik-adik ana kalau mereka mencarut. memang nak kena balun kalau teruskan budaya buruk macam tuh.

So for the last word, ana nak berpesan sekali lagi pada kawan-kawan kat luar sana tuh supaya janganlah mencarut sesuka hati dan sesedap rasa jerk. orang lain pun ada hati dan perasaan jugak. wajah ayu dan hensem takkan ada gunanya kalau peradaban tak dijaga. pendek kata, hentikan mencarut...!!


P/s : Kalau ada seseorang yg mencarut pada ana, ana akan "sound" dalam senyuman. akan ada sesuatu yg ana tegaskan walaupun ana tak zahirkan kemarahan...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga