~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Jangan Jangan Jangan...Berlagak...

Jadilah seorang insan yg disenangi hamba Allah swt yg lain walau dimana berada


Salamunalaik wbt and good morning to all my dear frens. alhamdulillah coz hari nih ana masih berada kat sini. syukran ya Allah. alhamdulillah. hari nie ana tak berapa busy. pagi-pagi lagi da tak tahu nak buat apa. hu2...buhsan jugak kalau sampai tahap da tak tahu nak explore apa-apa nih. mak aih...

Hmm...tapi, kat dalam otak ana nih ada something yg nak ana canangkan kat weblog kesayangan ana nie. da lama ana "pendamkan" idea. cuma, tak kena pada waktu untuk meluahkannya melalui gerakan pantas jari-jemari. hari nie, insyaAllah...akan ada waktu yg sesuai untuk menaip sambil melatih jari agar bergerak laju. laju ke jari nih menaip?? laju la jugak...ahaks...!!

- Berlagak -

Hmm...berlagak. kenapa perkataan tuh di-bold-kan?? and jawapan ana bagi soalan tuh adalah..."saja". boleh ke terima jawapan tuh?? mesti tak boleh nak terima kan?? paling kurang pun ana explain serba sikit kenapa ana type camtu. actually, ana saja bold-kan perkataan tuh supaya sesiapa yg membaca leh nampak perkataan tue dengan sejelasnya. insyaAllah. ana tak type saja-saja melainkan ada sebab-sebab yg terkandung kat dalamnya. hari nih ana nak "kopek" sikit berkenaan dengan sikap yg satu nih. berlagak. antum wa antumna pernah berhadapan tak dengan orang yg bersikap sedemikian?? macam mana agaknya perasaan kalian waktu tuh?? wallahua'lam apa yg kalian rasakan. tapi bagi ana, akan ada satu perasaan yg kurang senang bila berhadapan dengan hamba Allah swt yg sebegini. yup, terasa lain. so hari nih ana nak refresh balik minda kawan-kawan yg sudi meluangkan sikit masa bagi membaca "tulisan" ana nih agar kita sama-sama dapat berfikir dan tak melakukan apa yg orang lain tak suka.

Berlagak nie terkandung didalam sikap yg akan menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling terhadap si pelaku. dalam hal berlagak, macam-macam perkara yg boleh di"angkut". sebagai contoh - orang boleh berlagak pandai sedangkan dia tak pandai, berlagak kaya sedangkan dia miskin, berlagak tahu sedangkan dia tak tahu, berlagak itu berlagak ini. macam-macam. semakin ramai umat manusia kat muka bumi nih, semakin bermacam-macamlah sikap dan perangai yg ada. ada yg buruk dan ada jugak yg baik. tapi, sikap suka berlagak nie termasuk dalam sikap buruk dan tak sepatutnya kita amalkan.

Yg menjadi persoalannya sekarang, kenapa ramai orang suka amalkan sikap nih?? felik dan fenin ana fikir tentang nie...sedangkan kita semua nie adalah sama. sama tara disisi Allah swt dan apa yg membezakan antara kita adalah amalan kat dunia untuk dibawa ke akhirat kelak. tue je. tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. sikap yg mendatangkan rasa kurang senang nie jugaklah yg dipilihya. sekarang nih, orang semakin bijak menilai dan mengkaji. so, orang mudah "detect" keburukan nie kalau ia terus sebati dengan diri. pendekkan kata, kembalilah pada diri yg sebenar. kembalilah pada yg asal. fikir-fikirkanlah. tak perlu kita berlagak tak tentu pasal kerana kita semua adalah penumpang yg sementara kat dunia nih. tak kekal dan yg paling penting kita semua adalah sama. yup, sama. kalau ada kelebihan dalam diri, tonjolkanlah dengan sikap dan perlakuan yg baik. janganlah sesekali berlagak tak tentu hala dengan kelebihan yg ada (sebagai contoh kelebihan yg diberi Allah swt yg berupa kecantikan, kepandaian, kekayaan, etc...) kerana ia hanya sementara. kalau buat jugak, kelak orang tak suka dan lebih teruk lagi orang akan mengutuk mengata. nauzubillah himinzalik. minta jauh dari sikap suka berlagak nie.

So, kembalilah pada fitrah diri yg baik. Allah swt ciptakan kita dalam keadaan yg baik. so, kenapa kita nak cemari kebaikan yg ada pada diri dengan sikap suka berlagak nih?? renung-renungkanlah. jika ada sikap nie dalam diri kalian, buangkanlah ia sejauh yg mungkin. jangan jadikan ia penyebab orang lain jauhkan diri dari kita dan tak nak menjalinkan ukhwah dengan kita. please double check. kalau tak de sikap nih, alhamdulillah. bersyukurlah kerana kalian masih lagi mengamalkan sikap yg baik dalam muamalat seharian. jangan menangis sedih kalau orang lain menjauhkan diri. percayalah, orang lain tak akan senang dengan sikap suka berlagak dan ia jelas boleh merosakkan silaturrahim yg terjalin.

Last word that i wanna says, jadikanlah entry ana kali nie satu wadah untuk berfikir secara matang. fikirkanlah...untuk apa kita berlagak dengan apa yg kita ada sedangkan kita tetap akan kembali pada-Nya?? untuk apa kita berlagak dengan apa yg kita peroleh kalau kita semua adalah sama disisi-Nya?? untuk apa kita berlagak dengan sesuatu yg belum tentu menjadikan orang lain sukakan kita?? so, sama-samalah kita fikirkan dan ubah keadaan agar menjadi lebih baik dan harmoni. insyaAllah.(^_^)


P/s : Ana post-kan entry kali nie untuk mengajak sabahat dan sahabiah menilai serta melakukan sesuatu perkara baik. ana berpesan-pesan untuk diri ini jugak...agar tak terlanjur melakukan apa yg Allah swt dan hamba-Nya tak suka. salah satu contoh adalah berlagak. fikir-fikirkan dan selamat beramal soleh!!


2 comments:

cyruscope October 28, 2009 at 2:45 PM  

thanks for the email last time. byk ilmu. thanks! take care my dear fwen~ and i promise tak mo blagak~

Ana Muslimat October 28, 2009 at 3:16 PM  

Most welcome my dear fren. hopefully apa yg dsampaikn mberi manfaat kpd kita smua. insyaAllah. take care too.. take care of your "iman" too. insyaAllah, smoga pkara yg baik2 mjadi "santapan" diri kita dari masa ke semasa. insyaAllah.. =)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga