~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Untuk Renungan Semua...

Bismillahirrahmanirrahim...
Salamunalaik wbt dan kat sini ada something yg ana nak kongsikan. so, marilah sama-sama kita renung-renungkan. sesungguhnya segala yg baik itu adalah dari Allah swt dan yg buruk itu adalah dari diri kita sendiri.
***

Siapakah orang yg sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg kaya?
Orang yg kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin?
Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg rugi?
Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yg paling cantik?
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas?
Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal?
Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yg menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

P/s :
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yg memberi manfaat kepada manusia lain. wallahua'lam bissowab...

3 comments:

~UmmU SoLehah~ November 6, 2009 at 5:50 PM  

^_^ salam Perjuangan..

orang yang paling bahagia..

adalah orang yg hatinya selalu mengingati Allah..
Segala rongga hidup adalah diabdikan untuk-Nya..
Segala amalan demi mendapat Redha-Nya..

Orang Yang Paling Sengsara..

orang yg hatinya selalu jauh dari mengingati Allah..
mementingkan keduniaan dan amalannya sekadar meraih perhatian orang..

smoga kita adalah orang2 yg bahagia..

ameen ^_^

Ain November 6, 2009 at 8:06 PM  

salam...suka sgt ngan n3 kali ni...semoga menjadi panduan buat semua...selamat beramal juga =)

Ana Muslimat November 9, 2009 at 7:37 AM  

Waalaikumsalam wbt. alhamdulillah dan insyaAllah.. smoga kita tgolong dlm golongan yg bahagia. hati2 org yg bahagia adalah hati yg stiasa igt pd-Nya. bkn asyik igtkn hamba2-Nya shj. wallahua'lam. slmt bramal soleh! =)

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga