~ SINAR MAWADDAH (~_^) ~

"Sebaik-baik iman adalah amal, Sebaik-baik amal adalah insan, Sebaik-baik insan adalah yang pemurah, Semurah-murah sedekah adalah senyuman, Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa..."

Dedikasiku Untuk Semua

Bismillahirrahmanirrahim...

Salamunalaik wbt dan selamat pagi. alhamdulillah...kerana cuaca agak elok hari nie. insyaAllah, mudah-mudahan cuaca akan terus elok sampai menjengah petang. selalunya bila on the way balik keje, hujan. hujan...hujan...membawa ke malam. macam tue la sejak akhir-akhir nih. maybe da nak masuk musim tengkujuh kot. wallahua'lam bissowab. yang pastinya ana berharap agar semuanya berada dalam keadaan yg baik-baik saja even salji turun kat bumi Malaysia nih. he3...nak ke salji tue turun kat Malaysia yg duk kat garisan khatulistiwa nih?? ada-ada je ikin nie ek...

Anyway, hari nih ana tak mo melalut-lalut sampai tersasar dari apa yg ana nak sampaikan melalui weblog ana nih. hari nie ana nak sampaikan dedikasi ana untuk semua sahabat yg jauh or yg dekat. untuk diri ana sendiri, ana berharap ianya dapat menyuntik semangat baru untuk sentiasa meletakkan diri didalam area yg selamat...yakni tidak pergi jauh lantas terpesong dari kebaikan sebaliknya terus mengikut arus keburukan. nauzubillah himinzalik. so, semoga dedikasi yg ana garapkan nih boleh membuatkan sahabat dan sahabiah berfikir mengenainya lantas mengamalkan perkara baik untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat. insyaAllah.

Kepada Ibu Bapa :

  • Anak-anak adalah merupakan amanah Allah swt
  • Laksanakanlah amanah Allah swt dengan cara yg terbaik
  • Didiklah anak-anak ke arah kebaikan
  • Sekiranya melaksanakan amanah tersebut dengan baik, maka baginya berkat dan keselamatan
  • Sekiranya mengabaikan amanah tersebut, maka kerugian dan kesengsaraan di dunia dan akhirat

Kepada Guru-guru Dan Pendidik :

  • Tarbiahlah manusia ke arah kebaikan dan taqwa
  • Berilah kepada anak didik ilmu yg bermanfaat
  • Didiklah mereka dengan adab-adab Islam yg mulia

Kepada Pendakwah :

  • Serulah manusia ke arah agama Islam yg sebenar
  • Tunjukkanlah adab-adab yg baik dihadapan mereka yg diseru
  • Bentuklah masyarakat yg gemilang

Kepada Seluruh Individu Masyarakat :

  • Berusaha sedaya-upaya untuk mendidik diri ke arah kebaikan
  • Berusaha untuk mempelajari adab-adab Islam dalam kehidupan
  • Tunjukkanlah akhlak yg mulia dalam pergaulan
  • Jadikanlah diri bermanfaat kepada orang lain

Alhamdulillah. so, tue adalah dedikasi ana buat semua. sebagai penutup, ana doakan agar kita semua boleh lakukan yg terbaik untuk diri lantas mencapai keredhaan dari Ilahi. insyaAllah. kalau tak boleh nak lakukan semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya. wallahua'lam. apa yg penting, kita semua mesti berusaha untuk menjadikan diri sebagai insan yg baik budi pekerti tak kira pada yg Maha Pencipta or pada hamba-Nya yg lain. \(^_^)/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
~ Ahlan ~ Selamat Datang ~ Welcome ~ Vanakam ~ Huang Ying ~

.::Asma al-Husna::.

.::Kalendar::.

.::Profil Penulis::.

My photo
Shah Alam, Malaysia
Salamunalaik wbt, I am Ikin. I really love music, fashionista, love poems, happy go lucky and easy going, simple.. but sometimes too complicated, talkative and suddenly will be so silent, like to make a jokes and always thinking to make somebody else smile and laugh with me. So, it's just pieces from me and nice to know you all out there. Salam ukhwah and happy browsing! May Allah swt bless us for always, insyaAllah..(^_^)

.::Tautan Dari Sahabat::.

.::Sahabat::.

.::Mari Celoteh::.

** Diharapkan apa jua yang "dilontarkan" diruangan chatbox ini adalah satu ungkapan yang ikhlas dari hati. Chatbox disediakan bukan untuk tujuan provokasi, bukan untuk menyindir dan bukan untuk menyakitkan hati hamba Allah swt yang lain. Berfikir sebelum menaip. Kerjasama pengunjung adalah amat dihargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. Salam ukhwah dari pemilik blog. Sekian, terima kasih.(~_^)

.::Terimalah Taubatku::.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan...
Tuhan Maha Kuasa, terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri...
Ku insafi kekurangan ini...
Ku kesali kejahilan ini...
Terimalah...taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan...

Ya Tuhan, terimalah...taubatku ini...(~_~)

.::Mutiara Kata::.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.~Hamka

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.~Hukama

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya didalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.~Hamka

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.~Lukmanul Hakim

Ikhlas dan sejati akan bertemu didalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.~Hamka

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.~Maksud Hadis

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.~Hamka

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.~Umar Al Khatab

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.~Hadis

Bertangguh itu pencuri masa.~Peribahasa Arab

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.~Pujangga