Salamunalaik wbt...
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hari nih ana nak share seperkara mengenai "Menguap". Ana yakin sesangat...semua antara kita leh menguap time mata da nak tutup or time mata nak buka ( time nak tido or bangun tido ). Kalau tak de tuh mustahil sangat la...coz ana sendiri pun menguap jugak. Selalu. Hik3. So, nak dipendekkan cerita, menguap nie adalah salah satu tindakan refleks. Tindakan yg tak terkawal. Duk kat bus stop pun leh menguap, dalam bas pun leh menguap, kat mana-mana jela...selagi boleh menguap, selagi tula mulut nak menganga aje. Tapi, jangan dilupa sahabatku sekalian bahawa meskipun menguap nih adalah perkara kecil dalam kehidupan seharian kita, namun ia tetap disusuli dengan adab-adab agar kita tak menjadi sahabat baik kepada syaitan laknatullah. Adab-adab perlu dijaga meskipun ianya sekadar menguap. Sesungguhnya, adab yg baik adalah bukti kemolekan agama kita yakni Islam. So, menguap menurut Islam adalah...
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Sesungguhnya Allah swt suka orang yg bersin dan membenci orang yg menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan "Alhamdulillah", maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah!".
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. ( Hadith Riwayat Bukhari )
Daripada Abu Said Al-Khudri ra katanya : Telah bersabda Rasulullah saw. yg bermaksud : “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk ( melalui mulut yang terbuka ).” Riwayat Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yg mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi.
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin :
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat
2. Meletakkan tangan diatas mulut untuk menahan menguap sama ada didalam atau diluar solat
3 Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap
P/s : So, lepas nie...masa menguap tuh tulun la tutup mulut tuh. jangan duk nganga sakan kerana syaitan sentiasa menunggu untuk mentertawakan kita. Ingat! Adab perlu dijaga meskipun dimana berada. Orang len tak puji tak mengapa kerana Allah swt jua yg akan menilainya. Wallahua'lam bissowab...(~_^)
2 comments:
Salam..
Bila dalam hati ada takwa pada ALlah maka akan timbul dalam diri semua yg dipesan oleh imam ghazali ni.
Moga kita berjaya menjadi hambaNya yg bertakwa InsyaALlah
Waalaikumsalam wbt..
InsyaAllah, mudah2an kita xmjadi hamba-Nya y slalu brada dlm kdaan y lalai leka. insyaAllah..!!
P/s : Bpesan2 utk kbaikan dri sndri n muslimin muslimat y len.. =)
Post a Comment