Salamunalaik wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
Topik ini adalah mengenai adab-adab solat. Setelah mengikuti kuliah ( 2 minggu sekali ) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg didirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih diperingkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepada-Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba-hambanya yg hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara-cara solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab untuk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dengan meletakkan kedua-dua ibu jari dibawah cuping telinga
ii. Dengan meletakkan kedua-dua jari telunjuk dibawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada ( bukan telinga )
Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitan yg berupa kambing hitam gemar bergayut-gayut dicelah lengan ( bawah ketiak ) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat ( bukan menutup pusat ) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan diatas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti diatas lutut. Pastikan badan kita didalam posisi sudut tepat ( 90 darjah ). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah" dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan dibahagian bawah sedikit dari ibu jari, dimana ada sedikit terbuka di antara kedua-dua tangan dan disitulah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh kehadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki ( setakat jari sahaja ). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan diatas kedua-dua kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallah..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah kebelakang kerana malaikat ramai disekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok-elok duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yg tertentu. Antaranya :
1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang ( antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain ).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh didalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless didalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yg tebal ( ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup / anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar dicelah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
- Edit and published from email
P/s : Ini merupakan perkongsian daripada seorang sahabat kepada sahabat. jadi, semoga perkongsian ini dapat mencetuskan revolusi dalam setiap solat yg didirikan. berpesan-pesan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan. insyaAllah. syukran jazilan buat sahabat yg sudi berkongsi...(^_^)
5 comments:
mintak izin link ya...sungguh bermanfaat!
sangat berguna =)
terima kasih
Smoga mjadi manfaat n kegunaan serta amalan kita smua sbg muslimat! =)
Slmt beramal soleh~
..benar2 dapat membantu kaum hawa di luar sana termasuk sya..ilmu yg sangat berguna..
As-salam..nk mntk izin brkonsi ngn rakan2 sgt mmbntu..:-)
Post a Comment