Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma innii asbahtu min'ka fii nikmatiwwa'fiyatiw wasatrotin' fa atimma ni'mataka 'alayya wa'aafiyataka fiddunyawal akhiroh.
“Ya allah, sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Engkau berikan ini dengan kenikmatan serta 'afiyah dan tertutup rapi. Maka sempurnakanlah nikmat-Mu untukku, serta 'afiyah dan tutupan Engkau di dunia dan di akhirat”
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Aku...sepertinya adalah insan yang naif. kadangkala aku merasakan yang aku kuat berbanding mereka. kadangkala pula aku merasakan aku lemah berbanding mereka. kalaulah jasadku boleh dibahagi dua, pastinya akan aku bahagikan kepada kuat dan lemah. beribu kali aku bermonolog sendiri...mengapa aku begini? mengapa aku seakan-akan punya dua cara...yakni dua kehendak mengenai diri? adakah disebabkan pengaruh peribadi? dan...adakah disebabkan pengaruh sekeliling? apa yang sebetulnya aku mahukan? ya Allah...bantulah aku. terkadang aku keliru dan buntu. orang lain mungkin hadapi sisa hidup dengan "slumber". tapi aku tidak. masih ada perkara-perkara yang aku mahu capai sebelum aku menghadap-Nya.
Kini, apa yang aku inginkan adalah ketenangan yang tidak berbelah bagi. ketenangan yang hadir daripada hati yang ikhlas dan suci. aku rindukan diriku yang dulu. terlalu rindu. tapi aku tahu...selagi aku masih bernafas, aku akan diuji. bukan senang nak hadirkan diri seperti dulu. aku akan mencuba sedaya upaya. aku akan mencuba menjadi lebih elok dan berkualiti. tidak mahu menjadi manusia yang lalai, lupa dan leka.
Diatas muka bumi ini, aku hanya ingin bahagia, gembira dan kaya dengan kasih sayang serta rahmat-Nya. aku redha jika aku hidup sederhana, tidak kaya harta...asalkan aku bahagia dengan cintaku pada-Nya dan keluarga. kepuasan yang tidak dapat aku rasai sepenuhnya buat masa ini. masih belum mencukupi. bilakah aku akan merasai sepenuhnya? mungkin...bila tiba saatnya aku bergelar seseorang yang penting dalam diri seseorang. nun disana, aku akan meluangkan masa yang ada untuk-Nya, untuk diriku. aku sudah bersedia untuk melepaskan "taklif" ini...untuk menjadi srikandi yang berbudi serta menjaga hak-Nya, hak dia. apa yang penting bagiku adalah kualiti dan bukan kuantiti. itu yang sering aku fikirkan sedari mula hingga kini. namun, adakah aku bisa ya Allah? adakah hamba-Mu ini mampu? terasa sedih bila aku mengenangkan realiti. fantasinya, aku cuba memperelok diri dan budi pekerti pada yang sudi menciptakan diri ini yakni ya Rabbul Izzati. bantulah aku ya Rabbi...
Sekarang, aku mahukan itu. mahukan ketenangan yang tiada batasan. aku sedar, diriku amatlah berharga dan kerana itu aku akan teruskan hidup ini walaupun seringkali Dia menduga, menguji. bila jatuh, aku akan sedaya upaya bangun kembali. dan bila tegak berdiri, aku akan bersedia sebelum aku jatuh kembali. sesungguhnya kudratku ini adalah kerana-Nya. jika tidak, mungkin subuh tadi aku tidak mampu bangun untuk berniat, berdiri dengan betul, takbiratul ihram, rukuk, i'tidal, sujud, duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat akhir dan mengucapkan salam. alhamdulillah ya Allah kerana aku masih bisa menggerakkan anggota badanku untuk melaksanakan tanggungjawabku pada-Mu. namun, seperti yang aku ungkapkan tadi, aku masih belum puas dan apa yang aku lakukan sekarang masih belum memuaskan hati sanubariku. esok lusa, tiada siapa tahu nasib diriku melainkan-Nya. waima, aku sendiri pun tidak tahu apakah nasibku kelak. aku hanya menunggu dan meneruskan hidup ini dengan acuan agamaku. aku cuba...!! tarbiyyatun qalbi.
P/s : Bukan senang untuk menjadi seorang wanita yang dapat memenuhi keinginan dan kehendak insan lain. bukan senang juga untuk menjadi wanita yang sempurna dengan makna yang sebenarnya. sesungguhnya, sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah.
0 comments:
Post a Comment