Salamunalaik wbt dan selamat pagi Ahad semua.
Alhamdulillah.. akhirnya menapak jua ana ke sini selepas hampir setahun meninggalkan arena blogger dek kerana terlalu fokus pada perkara-perkara lain. Tetapi, sebelum ana berjaya membuka semula lembaran edisi 28 Ogos 2011 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1432 Hijriah, telah pun berlaku perkara yang membuatkan ana terasa cuak. Namun alhamdulillah kerana Allah swt permudahkan urusan ana, mungkin kerana mahukan ana terus menulis untuk kebaikan. InsyaAllah, amin. Hmm.. apa yang telah membuatkan ana cuak tu adalah.. ana terlupa password blog..!! astaghfirullah.. memang ana dah tak ingat macam mana nak go inside this blog. Totally I can't remember how to perform it as before. Namun begitu Allah swt telah memberikan akal kepada ana dan ana berfikir sejenak macam mana nak buka semula weblog yang telah setahun ana tinggalkan ini dan akhirnya alhamdulillah..!! ana dapat memasuki weblog kesayangan ana beserta emel yang ana gunakan untuk akaun blog nih. Alahai.. kerana terlalu lama tinggalkan, sampai terlupa. Apa-apa pun bersyukur sangat kerana dikesempatan yang Allah swt berikan pada ana ini ana nak cuba untuk menulis semula. Apa yang baik itu semestinya daripada Allah swt dan apa yang buruk itu semestinya dari ana yang serba lemah ini. Tinggal sehari sahaja lagi semua umat Islam akan meraikan kemenangan. Walaupun agak lewat ana memberi ucapan, tetapi ana tetap mahu mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua sahabat diluar sana. Berjuang untuk hari-hari terakhir menjelang Syawal..!! =)
Aaaaaaaa.. terlupa sudah..!!
Posted by
Ana Muslimat
at
Sunday, August 28
Labels: Open Diary...
2 comments:
selamat hari raya!
Selamat Hari Raya low..!! ha2. =D
Post a Comment