Salamunalaik wbt dan selamat sejahtera kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi menapak di weblog ana nih.
Hmm...
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah swt. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
~ Hikmah Diam ~
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Perbuatan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Perbuatan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullulah saw mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat Abu Naim )
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat At-Tarmizi )
Dan...madah dari Hukama :
"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap".
"Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah adalah memikirkan kesalahan orang".
"Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina. Sebenarnya, orang itu yang telah menghina dirinya sendiri. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia".
P / s : Macam mana la kalau orang yang bermulut becok tu eh...?? non-stop bercakap. Apa-apa pun, bersederhanalah kita dalam melontarkan kata-kata. Semoga kita termasuk dalam golongan yang berfikir!
P / s : Macam mana la kalau orang yang bermulut becok tu eh...?? non-stop bercakap. Apa-apa pun, bersederhanalah kita dalam melontarkan kata-kata. Semoga kita termasuk dalam golongan yang berfikir!



2 comments:
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).
"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"
P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.
Waalaikusalam wbt..
Jazakallahukhair cz sudi mluangkn masa kt weblog yg xsberapa nih. alhamdulillah, msh ada yg mmbuka mata. anyway, ana da bkunjung ke weblong nta. blog nta pn xkurang jg hebatnya. byk pkongsian nta kt situ. teruskn menulis n slmt bdakwah! =)
Post a Comment