Salamunalaik wbt sedara sedari...
Nak mula berceloteh dah...hehehe. Petang-petang camni, terasa sunyi laks. Diam semacam je kat umah nih. Takde sorang pun yang bercakap...huhu. Sorang mengadap laptop dan sorang lagi lak duk lena dibuai mimpi~ tak tahu apa yang dia mimpikan siang-siang buta camni. Ila...Ila...have a nice sleep and dream! ( Ila adalah sorang kawan yang menumpang kat umah ana ).
Hmm...hari ni cuaca kat luar tuh tak berapa elok. Macam nak hujan je. Masa ana keluar nak gi beli cili kering pagi tadi, cuaca panas yang amat. Panas terik sangat-sangat. Kalau la ana berarak kat tengah panas tuh, gerenti hitam belegam kulit nih dipanggang matahari. Berkilat la ana kekgi. Hehehe. Nasib baik la kedai tuh kat bawah ni je. Kalau tak...
Well, hari ni ana duk kat umah je. Tak gi mana-mana pun kecuali ke kedai runcit tingkat bawah umah tu. Semalam, ana buat "road tour" dengan ofismates. Erk...?? road tour...?? hehehe.
20 Feb 2010 :
Semalam merupakan tarikh keramat buat sorang kawan dengan pasangannya. Semoga mereka bahagia hendaknya dan mudah-mudahan kawan ana yang sorang nih kekal sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah, amin. Dari lebih kurang pukul 10 pagi ana bergerak ke rumah kawan tuh bersama sorang lagi kawan dengan menaiki si kancil yang cumil. Then alhamdulillah kerana kami selamat sampai kat Kelana Jaya~ tempat berkumpul bersama kawan-kawan yang lain untuk berkonvoi ke Klang. Dalam perjalanan dari Kajang ke Klang, panas usah dicerita. Berasap! rasa macam nak mandi je kat dalam kete tuh. Nasib baik tak boleh. Kalau tak, dah lama dah. Hehehe. Dalam keadaan yang panas membahang, lastly sampai jugak ana dan si Mecik kat Kelana Jaya. Lega...bila da nampak batang hidung kawan yang lain. Yang lain tu cuma si Dayah sorang je. Dia la manusia paling awal yang sampai kat situ. Huhu. So, disebabkan cuaca yang teramat la panas, ana cadangkan kat semua "hadirin" hari tuh supaya keluar dari kete dan cari tempat ber-aircond. Aircond...?? yes...and lastly i was met the big aircond, also the ice cream. Looks like...weird sounds right...?? huhu. Actually ana dan dak-dak nih gi kat mekdi. Bila da sampai kat mekdi, apa lagi...order la chocolate ice cream satu. Panas yang keterlaluan akhirnya berkurang jugak lepas jumpa dengan aircond kat dalam mekdi tuh. Alhamdulillah. Bercakap sambil makan ice cream...memang besh! tapi sayang...sebab tak dapat nak habiskan ice cream yang sodap tuh.
Habis bab mencari aircond, bab makan ice cream...tiba lak masa bab tunggu. Tunggu "kepala" yang akan bawak kami semua ke rumah bakal pengantin tuh. Punya la lama kami tunggu. Rasa macam nak ketawa bila semua dah sampai kat Kelana Jaya, cuma dia sorang je yang tak sampai-sampai. Kenapa?? biar Allah jela yang tahu kenapa la si penunjuk arah lewat sampai. Tunggu punya tunggu, lastly sampai jugak dan tak lama lepas tuh, kami gerak dari Kelana Jaya ke Klang.
Lastly, we arrived at Klang. Alhamdulillah. Dapat jugak jumpa dengan bakal pengantin. Dalam pada itu, kami semua dijemput makan oleh tuan rumah. Hoho...bab makan memakan nih enggak bisa ditolak. So ana and kawan-kawan makan la dengan lafaz bismillah. Ana cedok lauk sambal udang. Udang! ana paling suka makan udang! ana makan nasi dengan berlaukkan sambal udang bersama dengan ayam goreng. Makan bukan main sodap lagi haa. Tapi disebabkan sambal udang tu la perut ana sakit sampai hari ni. Wawawa. Apa-apa pun, alhamdulillah kerana tu jugak rezeki yang Allah swt bagi. Tak gitu...??
Tup tap tup tap, ana and the geng nak balik. Dalam perjalanan balik, kami singgah kejap kat Port Klang. Posing sana, posing sini. Senyum sana, senyum sini...kalah modelling. Hehehe. Then, sampai kat umah lebih kurang pukul 8.18 malam.
Guy's, i really happy with you all. Eventhough we already old, but adolescence attitude not ever expiry swallowed time make us can speak, narrate, joke and laugh!
21 Feb 2010 :
Bangun pagi macam biasa. Then, basuh baju, jemur baju...semua yang berkaitan dengan baju. Lepas takde sangkut paut dengan baju, ana pun lekung lekang kat dapur...nak masak telur goreng berlada. Bila duk kat umah, memang tak ubah macam suri rumah. Dari pagi sampai malam...ada je benda yang nak dibuat. Hmm...dah siap apa yang ana nak masak tuh, ana pun makan la dengan si Ila. Rasa macam tak puas lak makan tadi. Huhu...malam kang nak makan pulak la. Lauk tadi pun ada lagi tuh. Wanna take part for eating something together this night?? jom! hehe.
Hari ni ana tak gi mana-mana pun. Rest je kat umah sambil layan laptop nih. Laptop ni tak boleh ditinggalkan. Nanti, dia rindu kat ana. Hehehe.
Hmm...malam nanti ana nak buat sesuatu sebelum tido. Nak iron baju untuk seminggu terus and then nak tito awal. Esok dah keje. Tak merasa dah la rest panjang camni. Apa-apa pun, keje kena diteruskan even badan penat, kaki letih, tangan lenguh, etc...bla bla bla. Ana kena la keje tuk cari duwet bagi teruskan hidup dengan rezeki yang halal. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah swt memberkati apa yang ana cari dan dipermudahkan segala urusan sama ada urusan duniawi mahupun ukhrawi.
Esok, masuk keje waktu pagi. Dah lama tak bersiap come lote awal-awal pagi. Takpe...takpe...minggu nih kena biasa-biasakan diri bangun pagi-pagi dan bersiap seawal yang boleh tuk gi keje carik ghejeki! ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku demi aku menggapai cinta-Mu dan Kau kuatkanlah semangatku agar aku tidak gentar serta redha dengan ujian-ujian-Mu! amin amin amin ya Rabb...(^_^)
0 comments:
Post a Comment