Kekasih Allah,
Selamat hari lahir ku ucapkan padamu wahai kekasih Allah yang satu
Hati ini sebak tatkala melontarkan ucapan ini untukmu wahai kekasih Allah
Tak tertahan sebaknya dalam hati ini kerana aku telah mengucapkannya tanpa ku berdepan denganmu
Kau tak pernah melihatku.. dan aku juga tak pernah melihatmu
Tapi dengan mata hati ini, aku cuba untuk membayangkan kau didepanku
Namun, adakah aku pantas untuk berdepan denganmu wahai kekasih Allah?
Adakah aku layak untuk bercakap denganmu andai kau didepanku?
Terlalu hina dan kerdil diri ini untuk itu
Tapi, aku tetap dambakan sesuatu darimu ya Rasulullah.. yakni syafaatmu
Ya, aku dambakan syafaatmu
Kerana..
Aku umatmu yang bersalah
Aku umatmu yang berdosa
Aku umatmu yang tak pantas seiring dan sejalan bersamamu andai kau masih ada di dunia yang penuh dengan tipu daya ini
Aku umatmu yang sering meninggalkan pesananmu
Aku umatmu yang sering alpa dengan sunnahmu
Aku umatmu yang sering saja terlupa melakukan apa yang dikau sukai
Aku.. terlalu mengikut hawa nafsu wahai kekasih Allah
Andai kau hadir didepan mataku, pasti aku berasa malu
Malu atas segala kekhilafan yang telah aku lakukan
Aku malu kerana gagal menjadi umatmu yang baik lagi terbaik
Pastinya, aku malu yang teramat
Wahai kekasih Allah,
Andai kau masih berada disini, ingin saja aku bertemu mu
Ingin saja aku menyatakan aasif jiddan ku padamu
Ingin saja aku meluahkan perasaan gundah gulanaku.. agar kau tahu betapa aku merindu
Kekasihku,
Aku sedar siapa diriku jika nak dibandingkan dengan umatmu yang soleh dan solehah
Aku terlalu buruk untuk kau berada dekat denganku
Tapi, aku tak putus asa
Aku akan terus mencuba sedaya upayaku untuk menjadi umat yang baik
Aku cuba ya Rasulullah.. sentiasa mahu mencuba kerana aku tahu kau tak akan menjauh dari umatmu
Jika kau menjauh, mana mungkin kau kasihkan kami sehingga hujung hayatmu
Ummati.. ummati.. ummati.. itu kata-katamu ya Rasulullah
Dan, aku sungguh terharu kerana akulah umatmu walaupun aku tahu aku berjuta kali ganda jauh bezanya dari akhlak puterimu Fatimah Az-zahra
Jadi,
Maafkan aku wahai kekasih
Maafkanlah aku dan berikanlah syafaatmu ketika di pengakhiran nanti
Sesungguhnya aku menunggu
Dalam sebak, aku mencoretkan patah kata ini untuk aku beritahu bahawa.. aku tak punya apa-apa untuk aku hadiahkan padamu sempena dengan hari lahirmu ini
Tapi, akan aku berselawat keatasmu dan akan aku sedekahkan bacaan surah Yaasin khas buatmu
Habiballah,
Dalam ingatan, doa dan air mata.. aku disini akan sentiasa ingat padamu
Tak akan aku lupa sehingga akhir hayatku!
~ Nukilan dari hati sanubari, Ikin Rozali ~

9 Rabiul Awal 1431 Hijrah
9.39 malam
++++++++++++++++
Maulidur Rasul ( dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul ) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad saw. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah swt. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Wallahua'lam bissowab...(~_~)
2 comments:
tq, byk info disini
Most welcome. tq cz visit my weblog.. =)
Post a Comment